07 February 2011

Akhirnya Bersama

Pagi Ahad itu, Arisya dan teman-temannya menghabiskan masa mereka di Tasik Ampang. Tujuan mereka adalah untuk menghabiskan lukisan mural di dinding berhampiran tasik yang telah dilakukan mereka sejak beberapa hari yang lalu. Sengaja mereka ke sana awal pagi. Tidak mahu kepanasan barangkali dek kehangatan sang mentari.

“Risya, kau ni sengal la.” Ujar Najihah. Mereka tertawa mendengar lawak Risya yang tak kering gusi itu.

“Ada-ada je la kau ni Risya. Mengong oh.” Ujar Aina pula.

“Lawak kea pa yang Risya cakap tadi?” soal Risya masih tidak henti ketawa.

“Lawak la ngok. Habis tu, kenapa kau ketawa?” soal Aisyah pula.

“Dah korang ketawa, Risya pun ketawa la. Takkan Risya nak diam je.” Balas Risya kesengalan.

Sekali lagi ketawa mereka terburai. Dalam pada itu, gelagat mereka diperhatikan seseorang.

“Hai korang.” Sapa Zikry.

Mereka semua berpaling kecuali Arisya. Tekun sungguh dengan kerja melukisnya. Ada bakat la katakan. Mereka tersenyum.

“Awak, nak kenal boleh?” ujar Zikry kepada Arisya.

‘Hurh. Dasar lelaki. Pantang nampak perempuan dahi licin. Mulalah naik miang. Entah sape la yang jadi mangsa dia.’ Desis hati kecil Arisya.

“Risya, mamat ni nak kenal dengan kau.” Asyifa memberitahu Arisya. Kasihan melihat permintaan lelaki itu tidak dilayan.

‘Aku pulak dah yang jadi mangsa dia. Pilih la orang lain.’ Gerutu Risya.

“Awak, saya nak kenal dengan awak.” Zikry menghampiri Arisya lalu duduk di sebelahnya.

“Kak Jiha, dah siap. Turn akak pulak sambung.” Jawab Arisya selamba.

“Mana lagi part kita yang nak kena lukis.” Sambungnya lagi.

Arisya meneruskan kerjanya. Zikry masih berada di situ. Tidak berganjak dari kedudukan asalnya.
Matanya tidak berganjak dari menatap seraut wajah yang putih mulus di hadapannya. Dia tertarik dengan senyuman dan gelak tawa gadis itu bersama teman-temannya tadi. Entah apa yang diketawakan pun, Zikry tidak tahu.

Arisya menyambung kerjanya. Buat tidak tahu akan kewujudan Zikry. Aizril hanya mampu tersengih melihat permintaan sepupunya itu tidak dilayan.

‘Stylo la minah ni. Mamat hensem macam Zikry ni pun dia buat tak tahu. Siap tak pandang langsung muka Zikry. Respect dowh.” Bisik hati kecil Aizril.

“Ya Encik, boleh saya tolong?” soal Risya lembut kepada Zikry, rimas dengan kehadiran lelaki itu.

Zikry tersenyum. “Saya nak kenal dengan awak.” Balas Zikry.

“Buat apa awak nak kenal dengan saya?” soal Risya lagi.

“Sebab nak kenal dengan awak la.” jawab Zikry pula.

“Kenapa mesti saya. Kan ramai lagi kawan-kawan saya kat sini.” Balas Risya pula.

“Entah. Nak kenal dengan awak juga.” Tegas Zikry.

‘Eeeeeeeee. Mengada-ngadanya mamat ni. Menyampah I.”getus hati kecilnya.

“Apa yang awak nak tahu pasal saya? Nama ke. Tarikh lahir ke. Tempat lahir ke. I/C number ke. Makanan kegemaran ke. Hobi. Cita-cita. Nama mak. Nama ayah. Mana satu?” soal Risya selamba.

Najihah, Aisyah, Aina dan Asyifa tersengih. Faham dengan perangai Arisya yang suka mengenakan orang itu. Mereka meneruskan kerja mereka. Malas hendak melayan.

“Semua la kalau boleh.” Balas Zikry.

“My name is Arisya Azureen binti Zahari. I was born on 1st January 1992 at Hospital Besar Melaka. Study at Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Proud to be SMAPK. I wanna be a successful lecturer. Last but not least. I do love my family.” Jelas Risya panjang lebar.

“Great. Can I have your phone number please?” soal Zikry lagi.

“03-410*****..... Nanti, kalau umi saya angkat, awak cakaplah dengan dia yang awak nak kenal dengan saya.” Balas Risya tersenyum. Puas dapat mengenakan lelaki yang tak faham bahasa itu.

Ketawa mereka terburai apabila mendengar celoteh Arisya mengenakan Zikry. Aizril turut sama ketawa.

Zikry malu apabila dikenakan begitu. Jatuh maruahnya sebagai seorang jejaka tampan. “Erm... nak nombor handphonr boleh?” soal Zikry tidak putus asa.

“Saya tak ada handphone. Umi saya cakap. Ehem... ehem..” Risya membetulkan suaranya.

“Kau tu duduk asrama. Tak payah la ngengada sangat nak guna handphone. Buat habis duit je.”

“Abi saya pula cakap. Ehem... ehem...” Risya membetulkan suaranya lagi.

“Kita ni Risya, sebagai manusia yang bertanggungjawab, kena la sentiasa menggunakan perkhidmatan awam. Tak kira la, bas ke, teksi ke, telefon ke, tandas pun sama juga.”

“Along saya pula cakap. Ehem... ehem...” sekali lagi Risya membetulkan suaranya.

“Guna handphone ni, buat habis duit je. Tiap-tiap bulan nak kena top-up. Kan dah membazir. Membazir tu kan amalan syaitan.”

“Angah saya pula cakap. Ehem... ehem...”

“Takpe... takpe.. dah cukup dah. Saya faham.” Pintas Zikry terlebih dahulu.

Mereka semua yang berada di situ tersenyum. Aizril masih tidak berhenti gelak.

“Saya rasa sesi perkenalan kita dah selesai. Awak pun dah tahu pasal saya. Saya rasa awak boleh beredar sekarang.” Tutur Risya lembut sambil tersenyum.

Zikry membalas senyuman Risya. Dia masih tidak berganjak. Masih di sisi Risya.

Risya menyambung semula kerjanya yang tergendala gara-gara temubual eksklusif bersama lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Kak Jiha, akak perasan tak ada buaya besar kat tasik ni. Besar punya.” Soal Risya tiba-tiba.

Najihah tersenyum. Faham akan maksud Arisya itu. Siapa lagi kalau todak ditujukan buat peminat baru Arisya itu.

Zikry tersenyum. Terkena batang hidung sendiri mungkin.

Arisya bangun. Dia membersihkan serpihan rumput yang terlekat di pakaiannya lalu meninggalkan mereka yang berada di situ. Zikry turut sama menyertainya.

“Risya. Kau nak pergi mana?” soal Aisyah ingin tahu.

“Nak pergi surau jap. Nak buat solat hajat minta buaya besar tu pergi. Takut la kak.” Balas Arisya selamba.

“Saya ikut.” Luah Zikry ingin turut serta.

“Zril. Kau duduk sini dengan kawan-kawan Risya jap. Kalau boleh tolong minta nombor telefon dia tau. Tanya kawan-kawan dia. Nanti aku datang balik.” Pesan Zikry kepada sepupunya itu.

“Macam-macam la kau ni Zikry. Aku cuba.” Balas Aizril.

Zikry mengejar Arisya yang sudah jauh berjalan.

“Betul ke awak nak buat solat hajat?” soal Zikry inginkan kepastian.

“Betul la. Saya jarang menipu tau. Tak baik. Berdosa besar.” Jawab Arisya.

“Kalau macam tu. Saya ikut sekali la.” Ujar Zikry lagi.

“Bagus juga macam tu. Awak doakan la mintak buaya tu pergi.” Balas Risya selamba.

Zikry tersengih. Serupa macam kerang busuk.

“Kalau macam tu. Awak jadi imam, saya jadi makmum.” Sambung Risya lagi.

“Hahhhhh! Erm.... boleh.. boleh..” balas Zikry tergagap-gagap.

Mereka berjalan seiringan.

“Sekejap. Tadi awak cakap nak buat solat hajat minta buaya tu pergi. Tapi kenapa awak tak berhenti kat surau tadi?” soal Zikry ragu.

“Kenapa? Awak nak jadi imam ke? Kalau nak, jom la patah balik.” Sambung Risya lagi.

“Kenapa? Buaya tu dah pergi ke?” soal Zikry blur.

“Tak. Buaya tu belum pergi. Saya ingat, saya nak lawan buaya tu la. Saya nak tunjuk yang saya ni kuat.” Jawab Risya sambil menunjukkan aksi lawan.

“Awak tak takut ke buaya tu ngappp awak?” soal Zikry bergurau.

“Saya suruh dia ngapp awak pula. Berani dia nak ngap saya.” Ujar Risya berlagak.

Telefon bimbit Risya bordering dari dalam poket seluar. Dia menjawab panggilan daripada uminya.

“Assalamualaikum umi.” Sapa Risya.

“Risya kat tasik dengan kawan-kawan. Kenapa umi?” balas Risya sopan.

“Okey. Lepas habis Risya balik ya umi. Bye, assalamualaikum.” Risya menamatkan perbualan.

“Awak kata tak ada handphone.” Ujar Zikry kebingungan.

“Hehe.. saya tipu je la.” Balas Risya sambil tersenyum.

“Buat apa awak nak nombor telefon saya?” soal Risya ingin tahu.

“Sebab saya nak kenal awak dengan lebih mendalam.” Balas Zikry tersenyum.

“Oh... lebih dalam?” soal Risya lagi.

“A’ah.. yup.. lebih dalam.” Jawab Zikry pula.

“Dalam ye. Dalam mana? Dalam perigi? Dalam longkang? Dalam gaung? Ke dalam parit?” soal Risya mengenakan Zikry.

Zikry ketawa.

Risya mempercepatkan langkahnya ke arah teman-temannya yang tidak jauh dari situ.

“Dah puas dating?” soal Asyifa berbisik apabila Arisya melabuhkan punggung di sebelahnya.

Zikry berdiri di sebelah Aizril.

“Eeeeeeiii. Mana ada dating.” Balas Risya kegelian.

Mereka semua tersenyum.

“Kak Jiha, Kak Ecah, kita dah siap berapa part hari ini? “ soal Arisya.

“Tak silap akak, 5 part dah siap. Tinggal lagi 8 dinding.” Jawab Najihah.

“Banyak juga dah siap ni. Lagi 8 sambung esok boleh kak? Umi Risya dah call. Dia pesan jangan balik lambat.” Ujar Risya.

“Okeylah. Kalau macam tu, jom kemas barang. Kita sambung esok.” Arah Najihah kepada teman-temannya.

Zikry dan Aizril sekadar memerhati. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.

“Kita makan dulu jom. Lapar la.” Rungut Aina selepas mereka semua mengemas barang ingin pulang.

“Tak kisah. Boleh juga.” Balas Asyifa.

“Pizza Hut please.....” rayu Arisya.

“Mahal...” Aina menyambut.

“McD????” soal Risya merayu.

“Ampang Point.” Balas Aisyah pula.

“Jom gerak...” sahut Najihah pula.

Mereka semua berjalan kaki menuju ke Ampang Point yang tidak jauh dari Tasik Ampang itu. Zikry dan Aizril turut mengalih destinasi ke Ampang Point menaiki kereta kepunyaan Zikry.

Setibanya mereka di McDonald, mereka mencari meja kosong untuk diduduki. Mereka memilih meja di penjuru restoran. Zikry dan Aizril masih menjadi pengikut setia mereka.

“Korang nak order apa?” soal Risya tidak sabar.

“Spicy Chicken McDeluxe medium...”

“Fillet O Fish large...”

“Mc Chicken large....”

“Double Cheese burger medium...”

Empat orang rakannya sudah memesan.

“Okey. Risya nak bubur ayam McD dengan Beef Prosperity. Someone follow tolong Risya angkat tray.” Ujar Risya.

“Aku follow.” Balas Asyifa ingin membantu.

Zikry dan Aizril duduk di sebelah meja Arisya. Zikry bangun lalu menuju ke kaunter untuk memsan makanan dan beratur di belakang Risya.

Risya membuat pesanan seperti yang diminta teman-temannya. Asyifa membantu mengangkat tray makanan yang dipesan.

“Nak saya tolong?” soal Zikry ikhlas.

“Tak perlu. Awak order la makanan. Kitorang boleh angkat sendiri.” Balas Risya lalu beredear.

“Yahoooo... laparnya...” ujar Aina ketika Risya dan Asyifa tiba di meja.

“Dah... jom makan.” Sahut Aisyah.

Aizril hanya memerhati gelagat lima orang sahabat itu. Dia tersenyum. Zikry tiba di meja dengan sedulang makanan dan minuman.

“Risya, untuk awak.” Zikry menghulurkan aiskrim kepada Risya.

“Rezeki jangan ditolak. Tapi, tak pe la awak. Makanan saya banyak lagi ni. Awak je la yang
makan.” Jawab Risya tersenyum.

Zikry kembali ke tempatnya semula. Aizril ketawa. Kasihan melihat sepupunya itu.

“Kelakar la aku tengok kau ni Zikry. Selalunya senang je awek nak sangkut dengan kau. Tapi minah ni lain la. Susah betul kau nak tackle dia.” Ujar Aizril.

“Kau gelakkan aku Zril. Tak guna punya sepupu. Aku pun tak tau kenapa. Tapi, Risya ni special la.” Balas Zikry sayu.

“Dah la tu Zikry. Aku rasa kau give up je la. Bukan senang nak tackle dia. Dia ni special. Macam kau cakap tadi. Hehehehe....” Aizril mengenakan Zikry.

Selesai makan, Risya dan teman-temannya beredar untuk pulang ke rumah masing-masing. Risya, Aina dan Asyifa akan pulang bersama memandangkan mereka tinggal berjiran. Manakala Aisyah pula akan pulang bersama Najihah.

“Zril. Cepat. Dorang dah bangun dah tu.” Gesa Zikry.

“Yela... yela... dah jom..” balas Aizril.

Mereka berdua mengikuti jejak lima gadis itu hingga ke perhentian teksi.

“Risya, nak nombor handphone please....” ujar Zikry merayu.

Risya berpaling lalu memberikan nombor telefonnya kepada Zikry.

“Saya call awak. Tu nombor saya.” Ujar Zikry lagi.

Risya kaget. Dia berpaling menghadap Aina.

“Aina, kau call aku masa mamamt tu call. Aku bagi dia nombor tipu.” Bisik Risya perlahan.

“Okey... okey...”

Aina menjalankan tugasnya apabila dia melihat Zikry mengangkat telefon ke telinga. Telefon Risya berdering. Dia tersenyum.

“Awak dapat tak nombor saya?” soal Zikry lembut.

“Dapat... dapat... Kalau macam tu saya balik dulu. bye.” Ujar Risya sambil tersenyum lalu
meninggalkan kedua-dua jejaka tersebut.

“Risya, awak tipu!!” laung Zikry tiba-tiba.

Risya dan teman-temannya berpaling. Zikry sedang berjalan menuju ke arah mereka.

“Awak bagi saya nombor tipu. Saya baru je call awak. Tapi awak tak angkat pun. Tiba-tiba entah
ada India mana pula yang jawab.” Jelas Zikry geram. Dia terasa dipermainkan.

‘Alamak. Kantoi sudah. Spesies apa eyk mamat ni. Semangat betul. Kang aku bagi nombor pak cik yang hantar surat khabar tiap-tiap hari kat rumah aku kang. Tak pun aku bagi number Uncle Ah
Seng plumber tu. Dia ada anak perempuan. Boleh mamat ni kenal. Haish! Apa aku nak buat?’ Risya runsing.

“Maaf. Tapi saya tak berani nak bagi nombor telefon pada orang yang saya tak kenal. Nama awak pun saya tak tahu. Kita baru jumpa hari ini. Kalau ada apa-apa, awak call rumah saya je la. Awak ada kan nombor rumah saya. Nombor tu betul, tak tipu.” Jelas Risya sopan lalu beredar pulang.

Zikry hampa. Dia malu. Tidak pernah ada seorang perempuan pun yang pernah berbuat demikian kepadanya. Selama ini, setiap perempuan pasti akan terpikat dengan kekacakan rupa parasnya.
Tetapi hari ini berbeza. Dia jatuh di tangan seorang perempuan bernama Arisya Azureen, yang sempurna pada pandangan matanya. Dia tekad. Gadis itu pasti akan jadi miliknya.

Arisya Azureen. Seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih mulus. Wajahnya kemerahan apabalika terkena terik mentari. Perangainya gila-gila.tidak sombong dan peramah. Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Dan yang paling penting sekali, tidak hipokrit dan mengada-ngada seperti kebanyakan gadis bandar sekarang.

Banyak yang diketahuinya tentang gadis itu selepas satu hari hari memerhati gerak-geri dan tutur bicara gadis itu. Hatinya tertawan. Dia terpikat. Setiap senyuman yang diberikan dirasakan ikhlas dan hatinya berdebar. Inikah cinta?

“Risya! Nama saya Zikry Haziq!” laung Zikry kuat apabila melihat sebuah teksi berhenti di
hadapan Risya dan dua orang temannya.

Risya berpaling dan tersenyum. Lalu masuk ke dalam teksi yang sedang menunggu.

* * * * *

Zikry tersenyum di tepi jendela. Majlis perkahwinannya baru sahaja selesai. Dia teringat sesi perkenalannya dengan Arisya Azureen yang kini telah sah menjadi isterinya. Tidak sia-sia dia menelefon rumah Risya dahulu. Hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari. Selepas Risya tamat SPM, Zikry terus menghantar rombongan meminang sekaligus bertunang.

Empat tahun dia menunggu Risya menamatkan pelajarannya di Ireland. Empat tahun juga dia berusaha bersungguh-sungguh bekerja sebagai seorang jurutera kapal terbang untuk menanggung hidup mereka kelak. Akhirnya, setelah empat tahun menanti, Arisya Azureen kini sah bergelar isteri kepada Zkiry Haziq.

“Abang...” sergah Risya dari belakang.

Zikry menarik Risya ke dalam pelukan. Dicium dahi si isteri penuh kasih.

“Kenapa abang senyum sorang-sorang? Ada nenek kebayan eyk kat luar tu.” Gurau Risya.

“Hisy. Bini abang ni, cakap bukan-bukan pula. Tak la sayang... abang teringat saat kita mula-
mula kenal dulu.” balas Zikry lembut.

Risya tersenyum teringat bagaimana kesungguhan Zikry untuk berkenalan dengannya. Terkejut juga apabila Zikry betul-betul menelefon rumahnya. Lagi terkejut apabila Zikry menghantar rombongan meminang sehari selepas dia tamat SPM. Waktu itu, Zikry sedang bersedia berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran.

Kini, Risya bahagia bersama suami tercinta. Harapan mereka agar rumah tangga yang baru di bina kekal selamanya.

06 February 2011

coretan

salam~

bingkisan hari ini sekadar meluahkan. bukan cerita terpendam. tetapi memang dalam pengetahuan.

*putus idea*

alamak. idea kong. habis kaw-kaw. entri baru mula. sudah tamat episod. macam mana? tada masalah. fikir.fikir. tekan lagi sikit. bagi itu otak jalan semula.

baik. minda bergerak. usaha berjaya.

*ulang semula* bingkisan hari ini sekadar meluahkan pengetahuan untuk perkongsian.
baru habis ronda satu dunia. guna internet saja. mudah bukan. *gelak*. benarlah kata pepatah. jauh perjalanan, luas pandangan. orang dulu-dulu memang bijak. lebih bijak daripada kita yang kononnya berjaya menghasilkan dunia teknologi yang membawa kepada keajaiban dunia. kononnya.

sambung.

baru sedar. internet ni bagos. sedikit bagos. tak banyak mana pon. baik. jelajah punya jelajah. akhirnya jumpa juga apa yang dicari. padahal bukan apa sangat pon. okey. cuma nak maklumkan. saudara kita di mesir dalam bahaya. kita di malaysia, cuma lihat saja. tak boleh nak kata apa-apa. diam. bukan bererti setuju. juga tidak menafikan. tapi. kelu. diam lagi. sekadar memerhati. memerhati saja tidak cukup. perlu menghayati sambil memahami. benar. kita semua manusia. punya hati. punya jiwa. namun kita alpa. benar. manusia mudah lupa. saya kasihan. sedih. pilu. lumat hati ini. namun. saya hanya melihat. tapi dari sudut yang berbeza. saya melihat dari mata hati.benar. kita semua manusia. saya ingin membantu. tapi saya tak mampu. maaf. setulus hati. tapi tapi. saya hulurkan doa. doa kepada Ilahi. mohon agar saudara kita mendapat perlindungan. kita sama-sama mohon padaNya.

selanjutnya.

jalan lagi. baik. sekarang cerita tentang saya. ya. saya mawar qhairina. M.A.W.AR. itu ejaannya. bukan niat mahu mengajar. sekadar menduga kemahiran. saya masih baru dalam dunia penulisan. niatnya ingin mengisi masa terluang. berfaedah bukan?. *senyum bangga*. menulis bukanlah suatu hobi. oleh kerana itu. hasilnya juga mungkin kurang berkualiti. jangan risau. saya terima kritikan. saya mahu belajar. belajar. dan belajar lagi. oleh itu saya perlu tunjuk ajar. terima kasih. bingkisan yang dititip masih sedikit. ada lagi yang berbaki. masih dalam proses pembikinan. terima ksih lagi sekali. setakat ini untuk hari ini.

sekian

05 February 2011

Aku untuk Dia 7

Paluan kompang memeriahkan majlis perkahwinan Dania Hawanis Tan Sri Adam Harith dan Irfan Danial Azman. Majlis akad nikah yang diadakan pada pagi Jumaat semalam mengesahkan hubungan suami isteri antara Dania dan Danny. Ternyata jodoh mereka masih kuat.

“Awak,Nia nak tanya sesuatu boleh?” soal Dania lembut.

“Tanya lah. Apa dia.” Balas Danny.

“Kenapa awak putuskan pertunangan kita dulu? Betul ke awak ada perempuan lain and awak dah tak sayang saya masa tu?” tanya Dania perlahan.

Danny senyum. “Kalau saya bagitahu, awak jangan gelak tau.” Jawab Danny.

Dania bingung. Matanya memandang ke arah Danny. Menunngu jawapan.

“Masa tu kan. Saya buat medical check up. And then, result keluar bagitahu yang saya ni ada penyakit barah otak. Hidup saya tinggal beberapa bulan je lagi.” Ulas Danny.

Dania diam. Senyap.

“Tapi, betul ke?” soal Dania ingin tahu.

Danny senyum lagi.

‘Asyik senyum je mamat ni. Dah la sumbing. Aku tanya dia main-main pulak.’ Getu Dania dalam hati.

“Result tu salah. Doktor tu tersilap patient. Maklumlah buat check up hari yang sama. Lepas dapat tahu saya sakit, terus saya call awak. Saya tak nak awak hidup dengan orang yang dah nak mati. Saya terpaksa putuskan pertunangan kita.” Ujar Danny lembut.

“Saya dapat tahu result sebenar pun, setahun kemudian. Doktor sana call yang result tu sebenarnya salah. Saya pun terkejut jugak. Tapi Alhamdulillah. Saya syukur sangat-sangat. Lagi-lagi, masa tu ayah saya tengah sakit and nak sangat tengok saya kahwin dengan orang yang saya cintai.” Sambung Danny lagi.

“And Alhamdulillah. At last, kita kahwin jugak. Betul tak sayang.” Tutur Danny berbisik.

Dania tersipu. Malu memikirkan betapa teruk keadaannya semasa putus tunang dulu. Hampir-hampir dia gagal dalam final exam. Namun, dia bangkit. Dan akhirnya berjaya membawa pulang segulung ijazah dan bergelar seorang doktor.

“Kenapa senyum sorang-sorang? Tak nak share ke?”soal Danny ingin tahu.

“Awak tahu tak, masa kita clash dulu, saya down gila tahu tak. Sebab....saya.....” ujar Dania tersekat-sekat.

“Sebab apa??” soal Danny lagi.

“Sebab....saya...sayang awak....” balas Dania lembut.

“Hurmm... ape dia?? Boleh ulang tak?? Saya tak dengar la...” usik Danny sengaja.

“Sebab...sebab... saya bengang gila dengan awak!! Sampai hati awak buat saya macam tu. Dah la masa tu saya dah nak dekat final exam. Awak pulak tetibe decide nak putus tunang.”luah Dania.

“Saya rasa tadi awak cakap lain....kenapa sekarang lain.. tadi awak cakap pendek je..kenapa tetibe panjang pulak ni...??” soal Danny sambil bergerak ke arah Dania di tepi tingkap.

Didakap si isteri penuh sayang.

“Sekarang kan kita dah kahwin. Awak jangan risaulah. Saya akan jaga awak baik-baik. Saya takkan lepaskan awak...mulai sekarang...jaga-jaga..” bisik Danny perlahan.

Dania ketawa. Bahagia.

“Saya...sayang...awak..Irfan Danial Azman.” Tutur Dania manja di bahu suami tercinta.

“Saya, Irfan Danial Azman, sayang dan cinta Dania Hawanis Adam Harith sejak saya curi kasut sekolah dia yang busuk dulu....” ujar Danny sambil tersenyum.

“Nia,,apa kata awak panggil saya abang. Saya panggil awak sayang...mesti sweet kan???” usik Danny sengaja.


Mereka ketawa. Sesungguhnya bahagia kini milik mereka. Ternyata keputusan Dania untuk mengahwini Danny menjanjikan seribu satu kebahagiaan. Terima kasih kepada kedua ibu bapa mereka kerana bersungguh-sungguh merencanakan majlis perkahwinan buat mereka berdua. Turut menyumbang tenaga, ketiga-tiga hero Dania, Eswan, Emran dan Eiman kerana bukan main susah lagi nak memujuk Dania agar terima je lamaran Danny. Memakan masa 6 bulan tu. Ternyata, cinta masih mekar antara mereka. Harapan mereka, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Aku untuk Dia 6

"Helo,Assalamualaikum."Dania disapa oleh suara yang amat dikenalinya.'Tapi kenapa?Kenapa dia telefon?'fikir Dania dalam hati.

"Walaikumussalam."salam dijawab.

"Dania,I nak jumpa you boleh?Dah lama kita tak jumpa kan?Tak salahkan kalau kita jumpa?"tutur Danny perlahan.

Dia tidak mahu hati itu disakiti lagi.Dia tahu,dia lah penyebab hubungan keluarganya renggang dengan keluarga Dania.Ini semua gara-gara pertunangan dia dan Dania putus.

"Kenapa you nak jumpa I?balas Dania sayu.

'Kenapa sekarang baru kau telefon aku Danny.Setelah dua tahun kita putus tunang,selepas aku pulang ke Malaysia.Kenapa baru sekarang Danny?Kenapa?'jerit Dania dalam hati.

"I ada benda sikit nak cakap dengan you."jawab Danny.

"Nak jumpa kat mana?Bila?I ada banyak kerja ni."terang Dania lagi.

"Sorry sangat kalau I kacau you.Kita jumpa waktu lunch kat Restoran Seafood Putrajaya.You kerja kat Putrajaya kan?"balas Danny tenang.

"Okey.Nanti I datang."jawab Dania.

"Thanks Dania.Sorry again.Assalamualaikum."sambung Danny lagi.

Dania mencari kelibat orang yang dicari.Kelihatan seseorang melambai tangan kepadanya.

"Hai Dania.Lama tak jumpa.Dania apa khabar?"sapa Danny lembut.

"Hai.I sihat.You pulak macam mana?"balas Dania.

'Dia nampak lain.Rambut dia dah pendek.Dia nampak segak.Tak macam dulu.'Dania meneliti Danny di hadapannya.

"I macam ni lah.Alhamdulillah.Sihat."jawab Danny sopan.

'Hisy.Apa aku nak cakap ni?Dia yang ajak aku datang.Dia pulak yang diam.Pandang aku macam nak telan orang.Apa muka aku ni macam raksasa ke?'Dania berfikir sambil tangannya memegang wajahnya.

"Uncle dengan Auntie macam mana?Lama tak dengar cerita sejak family you pindah."soal Dania menghilangkan rasa gementar.

"Mama I sihat.Cuma papa sekarang tengah sakit.Diorang kirim salam.You nampak lain Dania.You dah tak macam dulu."ujar Danny tidak puas memandang wajah yang amat dirinduinya itu.

'Apa yang lainnya?Aku nampak macam perempuan mengandung ke?Ke aku makin gemuk?'desis hati kecil Dania.

"Mana ada lain.Sama je macam dulu.I still manusia macam you jugak.Hurmm.kenapa you nak jumpa I?”soal Dania lagi.

Danny ketawa."You ni kelakar la Nia.I nak jumpa you ni sebab...I ingat nak sambung balik pertunangan kita yang putus dulu and...I nak jadikan you isteri I."tutur Danny berhati-hati.

'Gila apa mamat ni?Dulu bukan main lagi nak putus.Sampai aku pun jadi bengong macam yang dia pernah cakap dulu.'Dania terkejut.Dia hanya mendiamkan diri.

"I tau you terkejut.I tau you mesti nak tau kenapa kita putus dulu,and kenapa I nak sambung balik."sambung Danny lagi.

Dania diam.Hanya mendengar.

"Sebab tu la I nak jumpa you.I nak explain kat you kenapa kita putus dulu.And kenapa I nak sambung balik."jelas Danny.

Diam lagi.Terkedu.

"Sebenarnya kita putus dulu sebab.....bla bla bla..."Danny cuba menerangkan hal sebenar.

"I harap sangat you dapat setuju.Maybe you rasa I ni lelaki tak guna or apa-apa je lah.Tapi I tak mampu nak hancurkan harapan terakhir papa I.I tak pernah buat dia gembira.I selalu kecewakan dia.Kali ni I hanya bergantung dengan you aje."sambung Danny penuh mengharap.

"Sebenarnya Danny,I tak tau nak cakap apa sekarang ni.Benda ni..Entahlah.Tapi I tak boleh nak bagi you jawapan sekarang.Sorry Danny."jawab Dania.

"It's okey Nia.I tak mintak you bagi jawapan sekarang.But I really really hope you can help me on this."ujar Danny lagi.

"I bukannya tak nak tolong you Danny.Tapi benda ni melibatkan hati dan perasaan I.Benda ni bukan main-main Danny.Perkahwinan ni satu perkara yang sangat suci.Ini melibatkan seluruh hidup I."jelas Dania dengan harapan Danny akan faham.

"Tak pe.I faham."ujar Danny perlahan.

"Okey la Danny,thanks for the lunch.I balik dulu.Anything I'll call you.Assalamualaikum."Dania bangun melangkah pergi meninggalakan Danny sendirian.

'Sorry Dania.Aku tau hati kau hancur waktu kita putus tunang dulu.Tapi aku lakukan dulu bersebab.Maaf sekali lagi kerana tipu kau pasal kenapa aku minta putus dulu.Maaf Dania.Hanya itu je yang aku mampu ucapkan.'desis hati kecilnya.

04 February 2011

Aku untuk Dia 5

"Dania,mama ada hal sikit nak cakap dengan Nia."ujar Puan Sri Sharifah Aisyah.

"Apa dia ma?Nia dengar."balas Dania sopan.

"Mama dengan papa ada bincang hal ni dulu.Dania pun dah habis SPM.Jadi,mama dengan papa rasa sekaranglah masa yang sesuai untuk bincang balik hal ni."sambung Puan Sri Sharifah Aisyah lagi.

"Betul tu Dania.Sebenarnya papa dengan mama bercadang nak jodohkan Nia dengan Danny,anak Uncle Azman dengan Auntie Tina,jiran kita tu.Mereka pun dah bersetuju.Tinggal nak tanya Dania je."jelas Tan Sri Syed Adam Harith tenang.

Dania menelan liur.'Biar betul mama dengan papa ni?Aku nak kahwin dengan mamat sewel tu?Tak agak-agak.'

"Danny dah setuju ke ma?"soal Dania pula.

"Dia setuju kalau Nia setuju.Dia ikut je."balas Puan Sri Sharifah Aisyah tersenyum.

"Papa harap Nia tak hancurkan harapan papa dengan mama.Nia satu-satunya puteri kami.Kalau boleh kami nak Nia dapat jodoh yang baik.Kami percaya Dania boleh bahagia."ujar Tan Sri Syed Adam Harith penuh mengharap.

"Kalian bertunang je dulu.Nanti lepas masing-masing habis belajar.Baru bernikah.Lagipun Uncle Azman nak hantar Danny pergi sambung belajar di Jepun dalam bidang kejuruteraan."sambung Puan Sri Sharifah Aisyah pula.

"Nanti la ma,pa.Dania fikir dulu.Lagipun Dania belum bersedia lagi.Dania nak kejar cita-cita Dania."terang Dania lalu beredar menuju ke biliknya.

Tan Sri Syed Adam Harith dan Puan Sri Sharifah Aisyah hanya diam sahaja.

"Assalamualaikum.Along,Nia nak jumpa along,angah and alang boleh tak?Sekarang.Kita jumpa kat tempat biasa.Thanks along."Dania memutuskan talian.

Dania mencapai kunci kereta lantas meninggalkan rumah berkembar dua tingkat itu.Matanya melilau mencari orang yang dikehendakinya.Restoran Laksa Shake itu kelihatan lengang.Dania menuju ke arah abang-abangnya di penjuru restoran.

"Apahal kau nak jumpa kitorang?"tanya Eswan,abang sulung Dania ingin tahu.

"Ha'ah Nia.Apsal?Muka kedut seribu.Ada problem ke?"soal Emran pula.Bingung melihat ragam Dania yang macam ayam berak kapur gayanya.

"Memang ada problem.Besar punya."jelas Dania.

"Apa dia?Cerita la kat kitorang."jawab Eiman pula.

"Abang tau tak,mama dengan papa jodohkan Nia dengan anak Uncle Azman.Alaa si Danny tak betul tu."terang Dania.

"Baguslah tu.Dah besar dah adik along ni.Dah nak jadi isteri orang dah.Apa masalahnya?"soal Eswan lagi.

"Apa maslahnya along tanya?Masalahnya Nia tak nak kahwin dengan dia.Along tak tau perangai dia."sambung Dania kerisauan.

"Alang tau perangai dia macam mana.Tapi,dia tak ade la teruk mana dik.Biasa la tu remaja,sosial.Mana tau dia dah berubah.Dulu lain,sekarang lain dik."ujar Eiman menenangkan adiknya.

"Angah ada satu idea."Emran tersenyum sumbing.

"Apa dia?"mereka bertiga bertanya serentak.

"Angah rasa Nia kena ajak Danny bincang sama.Danny pun kena bagitau apa pandangan dia jugak.Maybe dia pun terpaksa macam Nia.Nia pun bukannya budak kecik lagi kan dik,Angah yakin Nia boleh handle masalah ni."jelas Emran lembut.

'Terpaksa apa ke bendanya?Boleh dia cakap dia setuju kalau aku setuju?Aku ligi kepala dia kang'fikir Dania.

"Along setuju.Nia boleh punya.Susah-susah sangat.Korang engaged dulu.And then,both of you continue study,Lepas tu baru kahwin."ujar Eswan tenang.

"Memang macam tu pun mama dengan papa planned.So,what's the decision?"soal Dania inginkan kepastian.

"Agree je dengan cadangan papa tu.Angah yakin,they just want the best for you."tutur Emran.

"Kitorang pun nak yang terbaik untuk Nia.Kalau Nia rasa tak okey,Nia tell papa.Let them know,okey?"Eiman memberi semangat.

"Dah,jangan fikir sangat la.Nia dah fikir ke nak masuk U mana?Ambik course apa?"sambung Eiman lagi.

Mereka berempat berbual sambil menikmati makanan yang dipesan.

* * * * *

"Danny,aku nak jumpa kau sekejap."tutur Dania.

"Bila?Nak buat apa?"soal Danny pula.

"Sekarang.Adalah.Kita jumpa je la dulu.Nanti aku cerita.Boleh tak?"jelas Dania.

"Okey.kita jumpa kat KFC JJ AU2 Setiawangsa."balas Danny.

"Danny,kau tau kan plan parents kita?"Dania memulakan perbualan.

"Mama aku cakap,kau setuju kalau aku setuju.Tapi,kalau aku tak setuju?"sambung Dania lagi.

Danny diam.Tidak tahu jawapan apa yang harus diberi.Hatinya berharap yang Dania akan setuju.

'Apa aku nak jawab ni.Ini bukannya soalan kuiz yang ada ABCD.Boleh pilih mana-mana je.Dania,setuju je la.Kan senang.Ah,jawab je la.'bisik hati kecil Danny.

"Tak setuju jugak la."jawan Danny perlahan.

"Tapi,apsal kau tak setuju?Kau tak kesiankan parents kita ke?Diorang berharap sangat Nia.Diorang jugak berharap,melalui perkahwinan kita,persahabatan diorang kekal selamanya.Aku tak sanggup nak kecewakan diorang Nia.Kau tau kan,aku satu-satunya anak papa and mama aku.Tapi, kalau kau tak setuju,apa aku boleh buat.Tak kan aku nak paksa kan.Orang dah tak nak."sambung Danny lagi.

Dania serba salah.'Psiko pulak dah mamat ni.Ayat meruntun jiwa.Buat aku nak nangis je.'desis hati kecil Dania.

"Aku bukan tak setuju Danny.Cuma aku belum bersedia.Aku ada cita-cita aku sendiri."ujar Dania pula.

"Aku pun ada cita-cita jugak Dania.Aku tau kau fikir aku ni teruk.Tapi,seteruk-teruk aku pun,aku nak berjaya jugak.Takkan aku nak kecewakan parents aku.Aku satu-satunya harapan diorang.Lagipun kita bertunang dulu kan.Kalau kau rasa tak selesa,kita putus je la nanti."ujar Danny.

'Mamat ni rilek je.Apa dia tak tau ke jantung aku ni macam nak berhenti berdenyut.Sedap dia je buat keputusan.Tapi,betul jugak kan apa yang dia cakap.'bisik Dania perlahan.

"Okey,aku setuju.Tapi,kalau kita tak serasi,kita putus hah."jawab Dania.

Danny tersenyum.Dia bersyukur kerana gadis yang dipujanya dalam diam selama ini akhirnya bersetuju.Entah bila perasaan ini muncul pun dia tidak tahu.Yang dia tahu,dia cemburu apabila melihat kemesraan Dania dengan mana-mana lelaki terutamanya Zahid.Setahu dia,Dania tidak suka sangat berkawan dengan lelaki.Oleh itu,dia merasa yang Zahid istimewa bagi Dania.Salah dia juga.Siapa suruh dia berkasar dengan Dania.

Mereka berdua berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.Dania berjaya menjejakkan kaki di bumi Aberdeen dalam jurusan perubatan.Dia akan berada di sana selama empat tahun.Manakala Danny pula berjaya melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang engineering selama dua tahun.Namun,dia akan melakukan praktikal selama dua tahun lagi di sana.