05 February 2011

Aku untuk Dia 7

Paluan kompang memeriahkan majlis perkahwinan Dania Hawanis Tan Sri Adam Harith dan Irfan Danial Azman. Majlis akad nikah yang diadakan pada pagi Jumaat semalam mengesahkan hubungan suami isteri antara Dania dan Danny. Ternyata jodoh mereka masih kuat.

“Awak,Nia nak tanya sesuatu boleh?” soal Dania lembut.

“Tanya lah. Apa dia.” Balas Danny.

“Kenapa awak putuskan pertunangan kita dulu? Betul ke awak ada perempuan lain and awak dah tak sayang saya masa tu?” tanya Dania perlahan.

Danny senyum. “Kalau saya bagitahu, awak jangan gelak tau.” Jawab Danny.

Dania bingung. Matanya memandang ke arah Danny. Menunngu jawapan.

“Masa tu kan. Saya buat medical check up. And then, result keluar bagitahu yang saya ni ada penyakit barah otak. Hidup saya tinggal beberapa bulan je lagi.” Ulas Danny.

Dania diam. Senyap.

“Tapi, betul ke?” soal Dania ingin tahu.

Danny senyum lagi.

‘Asyik senyum je mamat ni. Dah la sumbing. Aku tanya dia main-main pulak.’ Getu Dania dalam hati.

“Result tu salah. Doktor tu tersilap patient. Maklumlah buat check up hari yang sama. Lepas dapat tahu saya sakit, terus saya call awak. Saya tak nak awak hidup dengan orang yang dah nak mati. Saya terpaksa putuskan pertunangan kita.” Ujar Danny lembut.

“Saya dapat tahu result sebenar pun, setahun kemudian. Doktor sana call yang result tu sebenarnya salah. Saya pun terkejut jugak. Tapi Alhamdulillah. Saya syukur sangat-sangat. Lagi-lagi, masa tu ayah saya tengah sakit and nak sangat tengok saya kahwin dengan orang yang saya cintai.” Sambung Danny lagi.

“And Alhamdulillah. At last, kita kahwin jugak. Betul tak sayang.” Tutur Danny berbisik.

Dania tersipu. Malu memikirkan betapa teruk keadaannya semasa putus tunang dulu. Hampir-hampir dia gagal dalam final exam. Namun, dia bangkit. Dan akhirnya berjaya membawa pulang segulung ijazah dan bergelar seorang doktor.

“Kenapa senyum sorang-sorang? Tak nak share ke?”soal Danny ingin tahu.

“Awak tahu tak, masa kita clash dulu, saya down gila tahu tak. Sebab....saya.....” ujar Dania tersekat-sekat.

“Sebab apa??” soal Danny lagi.

“Sebab....saya...sayang awak....” balas Dania lembut.

“Hurmm... ape dia?? Boleh ulang tak?? Saya tak dengar la...” usik Danny sengaja.

“Sebab...sebab... saya bengang gila dengan awak!! Sampai hati awak buat saya macam tu. Dah la masa tu saya dah nak dekat final exam. Awak pulak tetibe decide nak putus tunang.”luah Dania.

“Saya rasa tadi awak cakap lain....kenapa sekarang lain.. tadi awak cakap pendek je..kenapa tetibe panjang pulak ni...??” soal Danny sambil bergerak ke arah Dania di tepi tingkap.

Didakap si isteri penuh sayang.

“Sekarang kan kita dah kahwin. Awak jangan risaulah. Saya akan jaga awak baik-baik. Saya takkan lepaskan awak...mulai sekarang...jaga-jaga..” bisik Danny perlahan.

Dania ketawa. Bahagia.

“Saya...sayang...awak..Irfan Danial Azman.” Tutur Dania manja di bahu suami tercinta.

“Saya, Irfan Danial Azman, sayang dan cinta Dania Hawanis Adam Harith sejak saya curi kasut sekolah dia yang busuk dulu....” ujar Danny sambil tersenyum.

“Nia,,apa kata awak panggil saya abang. Saya panggil awak sayang...mesti sweet kan???” usik Danny sengaja.


Mereka ketawa. Sesungguhnya bahagia kini milik mereka. Ternyata keputusan Dania untuk mengahwini Danny menjanjikan seribu satu kebahagiaan. Terima kasih kepada kedua ibu bapa mereka kerana bersungguh-sungguh merencanakan majlis perkahwinan buat mereka berdua. Turut menyumbang tenaga, ketiga-tiga hero Dania, Eswan, Emran dan Eiman kerana bukan main susah lagi nak memujuk Dania agar terima je lamaran Danny. Memakan masa 6 bulan tu. Ternyata, cinta masih mekar antara mereka. Harapan mereka, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

0 kata orang:

Post a Comment