06 February 2011

coretan

salam~

bingkisan hari ini sekadar meluahkan. bukan cerita terpendam. tetapi memang dalam pengetahuan.

*putus idea*

alamak. idea kong. habis kaw-kaw. entri baru mula. sudah tamat episod. macam mana? tada masalah. fikir.fikir. tekan lagi sikit. bagi itu otak jalan semula.

baik. minda bergerak. usaha berjaya.

*ulang semula* bingkisan hari ini sekadar meluahkan pengetahuan untuk perkongsian.
baru habis ronda satu dunia. guna internet saja. mudah bukan. *gelak*. benarlah kata pepatah. jauh perjalanan, luas pandangan. orang dulu-dulu memang bijak. lebih bijak daripada kita yang kononnya berjaya menghasilkan dunia teknologi yang membawa kepada keajaiban dunia. kononnya.

sambung.

baru sedar. internet ni bagos. sedikit bagos. tak banyak mana pon. baik. jelajah punya jelajah. akhirnya jumpa juga apa yang dicari. padahal bukan apa sangat pon. okey. cuma nak maklumkan. saudara kita di mesir dalam bahaya. kita di malaysia, cuma lihat saja. tak boleh nak kata apa-apa. diam. bukan bererti setuju. juga tidak menafikan. tapi. kelu. diam lagi. sekadar memerhati. memerhati saja tidak cukup. perlu menghayati sambil memahami. benar. kita semua manusia. punya hati. punya jiwa. namun kita alpa. benar. manusia mudah lupa. saya kasihan. sedih. pilu. lumat hati ini. namun. saya hanya melihat. tapi dari sudut yang berbeza. saya melihat dari mata hati.benar. kita semua manusia. saya ingin membantu. tapi saya tak mampu. maaf. setulus hati. tapi tapi. saya hulurkan doa. doa kepada Ilahi. mohon agar saudara kita mendapat perlindungan. kita sama-sama mohon padaNya.

selanjutnya.

jalan lagi. baik. sekarang cerita tentang saya. ya. saya mawar qhairina. M.A.W.AR. itu ejaannya. bukan niat mahu mengajar. sekadar menduga kemahiran. saya masih baru dalam dunia penulisan. niatnya ingin mengisi masa terluang. berfaedah bukan?. *senyum bangga*. menulis bukanlah suatu hobi. oleh kerana itu. hasilnya juga mungkin kurang berkualiti. jangan risau. saya terima kritikan. saya mahu belajar. belajar. dan belajar lagi. oleh itu saya perlu tunjuk ajar. terima kasih. bingkisan yang dititip masih sedikit. ada lagi yang berbaki. masih dalam proses pembikinan. terima ksih lagi sekali. setakat ini untuk hari ini.

sekian

0 kata orang:

Post a Comment