04 February 2011

Aku untuk Dia 5

"Dania,mama ada hal sikit nak cakap dengan Nia."ujar Puan Sri Sharifah Aisyah.

"Apa dia ma?Nia dengar."balas Dania sopan.

"Mama dengan papa ada bincang hal ni dulu.Dania pun dah habis SPM.Jadi,mama dengan papa rasa sekaranglah masa yang sesuai untuk bincang balik hal ni."sambung Puan Sri Sharifah Aisyah lagi.

"Betul tu Dania.Sebenarnya papa dengan mama bercadang nak jodohkan Nia dengan Danny,anak Uncle Azman dengan Auntie Tina,jiran kita tu.Mereka pun dah bersetuju.Tinggal nak tanya Dania je."jelas Tan Sri Syed Adam Harith tenang.

Dania menelan liur.'Biar betul mama dengan papa ni?Aku nak kahwin dengan mamat sewel tu?Tak agak-agak.'

"Danny dah setuju ke ma?"soal Dania pula.

"Dia setuju kalau Nia setuju.Dia ikut je."balas Puan Sri Sharifah Aisyah tersenyum.

"Papa harap Nia tak hancurkan harapan papa dengan mama.Nia satu-satunya puteri kami.Kalau boleh kami nak Nia dapat jodoh yang baik.Kami percaya Dania boleh bahagia."ujar Tan Sri Syed Adam Harith penuh mengharap.

"Kalian bertunang je dulu.Nanti lepas masing-masing habis belajar.Baru bernikah.Lagipun Uncle Azman nak hantar Danny pergi sambung belajar di Jepun dalam bidang kejuruteraan."sambung Puan Sri Sharifah Aisyah pula.

"Nanti la ma,pa.Dania fikir dulu.Lagipun Dania belum bersedia lagi.Dania nak kejar cita-cita Dania."terang Dania lalu beredar menuju ke biliknya.

Tan Sri Syed Adam Harith dan Puan Sri Sharifah Aisyah hanya diam sahaja.

"Assalamualaikum.Along,Nia nak jumpa along,angah and alang boleh tak?Sekarang.Kita jumpa kat tempat biasa.Thanks along."Dania memutuskan talian.

Dania mencapai kunci kereta lantas meninggalkan rumah berkembar dua tingkat itu.Matanya melilau mencari orang yang dikehendakinya.Restoran Laksa Shake itu kelihatan lengang.Dania menuju ke arah abang-abangnya di penjuru restoran.

"Apahal kau nak jumpa kitorang?"tanya Eswan,abang sulung Dania ingin tahu.

"Ha'ah Nia.Apsal?Muka kedut seribu.Ada problem ke?"soal Emran pula.Bingung melihat ragam Dania yang macam ayam berak kapur gayanya.

"Memang ada problem.Besar punya."jelas Dania.

"Apa dia?Cerita la kat kitorang."jawab Eiman pula.

"Abang tau tak,mama dengan papa jodohkan Nia dengan anak Uncle Azman.Alaa si Danny tak betul tu."terang Dania.

"Baguslah tu.Dah besar dah adik along ni.Dah nak jadi isteri orang dah.Apa masalahnya?"soal Eswan lagi.

"Apa maslahnya along tanya?Masalahnya Nia tak nak kahwin dengan dia.Along tak tau perangai dia."sambung Dania kerisauan.

"Alang tau perangai dia macam mana.Tapi,dia tak ade la teruk mana dik.Biasa la tu remaja,sosial.Mana tau dia dah berubah.Dulu lain,sekarang lain dik."ujar Eiman menenangkan adiknya.

"Angah ada satu idea."Emran tersenyum sumbing.

"Apa dia?"mereka bertiga bertanya serentak.

"Angah rasa Nia kena ajak Danny bincang sama.Danny pun kena bagitau apa pandangan dia jugak.Maybe dia pun terpaksa macam Nia.Nia pun bukannya budak kecik lagi kan dik,Angah yakin Nia boleh handle masalah ni."jelas Emran lembut.

'Terpaksa apa ke bendanya?Boleh dia cakap dia setuju kalau aku setuju?Aku ligi kepala dia kang'fikir Dania.

"Along setuju.Nia boleh punya.Susah-susah sangat.Korang engaged dulu.And then,both of you continue study,Lepas tu baru kahwin."ujar Eswan tenang.

"Memang macam tu pun mama dengan papa planned.So,what's the decision?"soal Dania inginkan kepastian.

"Agree je dengan cadangan papa tu.Angah yakin,they just want the best for you."tutur Emran.

"Kitorang pun nak yang terbaik untuk Nia.Kalau Nia rasa tak okey,Nia tell papa.Let them know,okey?"Eiman memberi semangat.

"Dah,jangan fikir sangat la.Nia dah fikir ke nak masuk U mana?Ambik course apa?"sambung Eiman lagi.

Mereka berempat berbual sambil menikmati makanan yang dipesan.

* * * * *

"Danny,aku nak jumpa kau sekejap."tutur Dania.

"Bila?Nak buat apa?"soal Danny pula.

"Sekarang.Adalah.Kita jumpa je la dulu.Nanti aku cerita.Boleh tak?"jelas Dania.

"Okey.kita jumpa kat KFC JJ AU2 Setiawangsa."balas Danny.

"Danny,kau tau kan plan parents kita?"Dania memulakan perbualan.

"Mama aku cakap,kau setuju kalau aku setuju.Tapi,kalau aku tak setuju?"sambung Dania lagi.

Danny diam.Tidak tahu jawapan apa yang harus diberi.Hatinya berharap yang Dania akan setuju.

'Apa aku nak jawab ni.Ini bukannya soalan kuiz yang ada ABCD.Boleh pilih mana-mana je.Dania,setuju je la.Kan senang.Ah,jawab je la.'bisik hati kecil Danny.

"Tak setuju jugak la."jawan Danny perlahan.

"Tapi,apsal kau tak setuju?Kau tak kesiankan parents kita ke?Diorang berharap sangat Nia.Diorang jugak berharap,melalui perkahwinan kita,persahabatan diorang kekal selamanya.Aku tak sanggup nak kecewakan diorang Nia.Kau tau kan,aku satu-satunya anak papa and mama aku.Tapi, kalau kau tak setuju,apa aku boleh buat.Tak kan aku nak paksa kan.Orang dah tak nak."sambung Danny lagi.

Dania serba salah.'Psiko pulak dah mamat ni.Ayat meruntun jiwa.Buat aku nak nangis je.'desis hati kecil Dania.

"Aku bukan tak setuju Danny.Cuma aku belum bersedia.Aku ada cita-cita aku sendiri."ujar Dania pula.

"Aku pun ada cita-cita jugak Dania.Aku tau kau fikir aku ni teruk.Tapi,seteruk-teruk aku pun,aku nak berjaya jugak.Takkan aku nak kecewakan parents aku.Aku satu-satunya harapan diorang.Lagipun kita bertunang dulu kan.Kalau kau rasa tak selesa,kita putus je la nanti."ujar Danny.

'Mamat ni rilek je.Apa dia tak tau ke jantung aku ni macam nak berhenti berdenyut.Sedap dia je buat keputusan.Tapi,betul jugak kan apa yang dia cakap.'bisik Dania perlahan.

"Okey,aku setuju.Tapi,kalau kita tak serasi,kita putus hah."jawab Dania.

Danny tersenyum.Dia bersyukur kerana gadis yang dipujanya dalam diam selama ini akhirnya bersetuju.Entah bila perasaan ini muncul pun dia tidak tahu.Yang dia tahu,dia cemburu apabila melihat kemesraan Dania dengan mana-mana lelaki terutamanya Zahid.Setahu dia,Dania tidak suka sangat berkawan dengan lelaki.Oleh itu,dia merasa yang Zahid istimewa bagi Dania.Salah dia juga.Siapa suruh dia berkasar dengan Dania.

Mereka berdua berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.Dania berjaya menjejakkan kaki di bumi Aberdeen dalam jurusan perubatan.Dia akan berada di sana selama empat tahun.Manakala Danny pula berjaya melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang engineering selama dua tahun.Namun,dia akan melakukan praktikal selama dua tahun lagi di sana.

0 kata orang:

Post a Comment