07 February 2011

Akhirnya Bersama

Pagi Ahad itu, Arisya dan teman-temannya menghabiskan masa mereka di Tasik Ampang. Tujuan mereka adalah untuk menghabiskan lukisan mural di dinding berhampiran tasik yang telah dilakukan mereka sejak beberapa hari yang lalu. Sengaja mereka ke sana awal pagi. Tidak mahu kepanasan barangkali dek kehangatan sang mentari.

“Risya, kau ni sengal la.” Ujar Najihah. Mereka tertawa mendengar lawak Risya yang tak kering gusi itu.

“Ada-ada je la kau ni Risya. Mengong oh.” Ujar Aina pula.

“Lawak kea pa yang Risya cakap tadi?” soal Risya masih tidak henti ketawa.

“Lawak la ngok. Habis tu, kenapa kau ketawa?” soal Aisyah pula.

“Dah korang ketawa, Risya pun ketawa la. Takkan Risya nak diam je.” Balas Risya kesengalan.

Sekali lagi ketawa mereka terburai. Dalam pada itu, gelagat mereka diperhatikan seseorang.

“Hai korang.” Sapa Zikry.

Mereka semua berpaling kecuali Arisya. Tekun sungguh dengan kerja melukisnya. Ada bakat la katakan. Mereka tersenyum.

“Awak, nak kenal boleh?” ujar Zikry kepada Arisya.

‘Hurh. Dasar lelaki. Pantang nampak perempuan dahi licin. Mulalah naik miang. Entah sape la yang jadi mangsa dia.’ Desis hati kecil Arisya.

“Risya, mamat ni nak kenal dengan kau.” Asyifa memberitahu Arisya. Kasihan melihat permintaan lelaki itu tidak dilayan.

‘Aku pulak dah yang jadi mangsa dia. Pilih la orang lain.’ Gerutu Risya.

“Awak, saya nak kenal dengan awak.” Zikry menghampiri Arisya lalu duduk di sebelahnya.

“Kak Jiha, dah siap. Turn akak pulak sambung.” Jawab Arisya selamba.

“Mana lagi part kita yang nak kena lukis.” Sambungnya lagi.

Arisya meneruskan kerjanya. Zikry masih berada di situ. Tidak berganjak dari kedudukan asalnya.
Matanya tidak berganjak dari menatap seraut wajah yang putih mulus di hadapannya. Dia tertarik dengan senyuman dan gelak tawa gadis itu bersama teman-temannya tadi. Entah apa yang diketawakan pun, Zikry tidak tahu.

Arisya menyambung kerjanya. Buat tidak tahu akan kewujudan Zikry. Aizril hanya mampu tersengih melihat permintaan sepupunya itu tidak dilayan.

‘Stylo la minah ni. Mamat hensem macam Zikry ni pun dia buat tak tahu. Siap tak pandang langsung muka Zikry. Respect dowh.” Bisik hati kecil Aizril.

“Ya Encik, boleh saya tolong?” soal Risya lembut kepada Zikry, rimas dengan kehadiran lelaki itu.

Zikry tersenyum. “Saya nak kenal dengan awak.” Balas Zikry.

“Buat apa awak nak kenal dengan saya?” soal Risya lagi.

“Sebab nak kenal dengan awak la.” jawab Zikry pula.

“Kenapa mesti saya. Kan ramai lagi kawan-kawan saya kat sini.” Balas Risya pula.

“Entah. Nak kenal dengan awak juga.” Tegas Zikry.

‘Eeeeeeeee. Mengada-ngadanya mamat ni. Menyampah I.”getus hati kecilnya.

“Apa yang awak nak tahu pasal saya? Nama ke. Tarikh lahir ke. Tempat lahir ke. I/C number ke. Makanan kegemaran ke. Hobi. Cita-cita. Nama mak. Nama ayah. Mana satu?” soal Risya selamba.

Najihah, Aisyah, Aina dan Asyifa tersengih. Faham dengan perangai Arisya yang suka mengenakan orang itu. Mereka meneruskan kerja mereka. Malas hendak melayan.

“Semua la kalau boleh.” Balas Zikry.

“My name is Arisya Azureen binti Zahari. I was born on 1st January 1992 at Hospital Besar Melaka. Study at Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Proud to be SMAPK. I wanna be a successful lecturer. Last but not least. I do love my family.” Jelas Risya panjang lebar.

“Great. Can I have your phone number please?” soal Zikry lagi.

“03-410*****..... Nanti, kalau umi saya angkat, awak cakaplah dengan dia yang awak nak kenal dengan saya.” Balas Risya tersenyum. Puas dapat mengenakan lelaki yang tak faham bahasa itu.

Ketawa mereka terburai apabila mendengar celoteh Arisya mengenakan Zikry. Aizril turut sama ketawa.

Zikry malu apabila dikenakan begitu. Jatuh maruahnya sebagai seorang jejaka tampan. “Erm... nak nombor handphonr boleh?” soal Zikry tidak putus asa.

“Saya tak ada handphone. Umi saya cakap. Ehem... ehem..” Risya membetulkan suaranya.

“Kau tu duduk asrama. Tak payah la ngengada sangat nak guna handphone. Buat habis duit je.”

“Abi saya pula cakap. Ehem... ehem...” Risya membetulkan suaranya lagi.

“Kita ni Risya, sebagai manusia yang bertanggungjawab, kena la sentiasa menggunakan perkhidmatan awam. Tak kira la, bas ke, teksi ke, telefon ke, tandas pun sama juga.”

“Along saya pula cakap. Ehem... ehem...” sekali lagi Risya membetulkan suaranya.

“Guna handphone ni, buat habis duit je. Tiap-tiap bulan nak kena top-up. Kan dah membazir. Membazir tu kan amalan syaitan.”

“Angah saya pula cakap. Ehem... ehem...”

“Takpe... takpe.. dah cukup dah. Saya faham.” Pintas Zikry terlebih dahulu.

Mereka semua yang berada di situ tersenyum. Aizril masih tidak berhenti gelak.

“Saya rasa sesi perkenalan kita dah selesai. Awak pun dah tahu pasal saya. Saya rasa awak boleh beredar sekarang.” Tutur Risya lembut sambil tersenyum.

Zikry membalas senyuman Risya. Dia masih tidak berganjak. Masih di sisi Risya.

Risya menyambung semula kerjanya yang tergendala gara-gara temubual eksklusif bersama lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Kak Jiha, akak perasan tak ada buaya besar kat tasik ni. Besar punya.” Soal Risya tiba-tiba.

Najihah tersenyum. Faham akan maksud Arisya itu. Siapa lagi kalau todak ditujukan buat peminat baru Arisya itu.

Zikry tersenyum. Terkena batang hidung sendiri mungkin.

Arisya bangun. Dia membersihkan serpihan rumput yang terlekat di pakaiannya lalu meninggalkan mereka yang berada di situ. Zikry turut sama menyertainya.

“Risya. Kau nak pergi mana?” soal Aisyah ingin tahu.

“Nak pergi surau jap. Nak buat solat hajat minta buaya besar tu pergi. Takut la kak.” Balas Arisya selamba.

“Saya ikut.” Luah Zikry ingin turut serta.

“Zril. Kau duduk sini dengan kawan-kawan Risya jap. Kalau boleh tolong minta nombor telefon dia tau. Tanya kawan-kawan dia. Nanti aku datang balik.” Pesan Zikry kepada sepupunya itu.

“Macam-macam la kau ni Zikry. Aku cuba.” Balas Aizril.

Zikry mengejar Arisya yang sudah jauh berjalan.

“Betul ke awak nak buat solat hajat?” soal Zikry inginkan kepastian.

“Betul la. Saya jarang menipu tau. Tak baik. Berdosa besar.” Jawab Arisya.

“Kalau macam tu. Saya ikut sekali la.” Ujar Zikry lagi.

“Bagus juga macam tu. Awak doakan la mintak buaya tu pergi.” Balas Risya selamba.

Zikry tersengih. Serupa macam kerang busuk.

“Kalau macam tu. Awak jadi imam, saya jadi makmum.” Sambung Risya lagi.

“Hahhhhh! Erm.... boleh.. boleh..” balas Zikry tergagap-gagap.

Mereka berjalan seiringan.

“Sekejap. Tadi awak cakap nak buat solat hajat minta buaya tu pergi. Tapi kenapa awak tak berhenti kat surau tadi?” soal Zikry ragu.

“Kenapa? Awak nak jadi imam ke? Kalau nak, jom la patah balik.” Sambung Risya lagi.

“Kenapa? Buaya tu dah pergi ke?” soal Zikry blur.

“Tak. Buaya tu belum pergi. Saya ingat, saya nak lawan buaya tu la. Saya nak tunjuk yang saya ni kuat.” Jawab Risya sambil menunjukkan aksi lawan.

“Awak tak takut ke buaya tu ngappp awak?” soal Zikry bergurau.

“Saya suruh dia ngapp awak pula. Berani dia nak ngap saya.” Ujar Risya berlagak.

Telefon bimbit Risya bordering dari dalam poket seluar. Dia menjawab panggilan daripada uminya.

“Assalamualaikum umi.” Sapa Risya.

“Risya kat tasik dengan kawan-kawan. Kenapa umi?” balas Risya sopan.

“Okey. Lepas habis Risya balik ya umi. Bye, assalamualaikum.” Risya menamatkan perbualan.

“Awak kata tak ada handphone.” Ujar Zikry kebingungan.

“Hehe.. saya tipu je la.” Balas Risya sambil tersenyum.

“Buat apa awak nak nombor telefon saya?” soal Risya ingin tahu.

“Sebab saya nak kenal awak dengan lebih mendalam.” Balas Zikry tersenyum.

“Oh... lebih dalam?” soal Risya lagi.

“A’ah.. yup.. lebih dalam.” Jawab Zikry pula.

“Dalam ye. Dalam mana? Dalam perigi? Dalam longkang? Dalam gaung? Ke dalam parit?” soal Risya mengenakan Zikry.

Zikry ketawa.

Risya mempercepatkan langkahnya ke arah teman-temannya yang tidak jauh dari situ.

“Dah puas dating?” soal Asyifa berbisik apabila Arisya melabuhkan punggung di sebelahnya.

Zikry berdiri di sebelah Aizril.

“Eeeeeeiii. Mana ada dating.” Balas Risya kegelian.

Mereka semua tersenyum.

“Kak Jiha, Kak Ecah, kita dah siap berapa part hari ini? “ soal Arisya.

“Tak silap akak, 5 part dah siap. Tinggal lagi 8 dinding.” Jawab Najihah.

“Banyak juga dah siap ni. Lagi 8 sambung esok boleh kak? Umi Risya dah call. Dia pesan jangan balik lambat.” Ujar Risya.

“Okeylah. Kalau macam tu, jom kemas barang. Kita sambung esok.” Arah Najihah kepada teman-temannya.

Zikry dan Aizril sekadar memerhati. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.

“Kita makan dulu jom. Lapar la.” Rungut Aina selepas mereka semua mengemas barang ingin pulang.

“Tak kisah. Boleh juga.” Balas Asyifa.

“Pizza Hut please.....” rayu Arisya.

“Mahal...” Aina menyambut.

“McD????” soal Risya merayu.

“Ampang Point.” Balas Aisyah pula.

“Jom gerak...” sahut Najihah pula.

Mereka semua berjalan kaki menuju ke Ampang Point yang tidak jauh dari Tasik Ampang itu. Zikry dan Aizril turut mengalih destinasi ke Ampang Point menaiki kereta kepunyaan Zikry.

Setibanya mereka di McDonald, mereka mencari meja kosong untuk diduduki. Mereka memilih meja di penjuru restoran. Zikry dan Aizril masih menjadi pengikut setia mereka.

“Korang nak order apa?” soal Risya tidak sabar.

“Spicy Chicken McDeluxe medium...”

“Fillet O Fish large...”

“Mc Chicken large....”

“Double Cheese burger medium...”

Empat orang rakannya sudah memesan.

“Okey. Risya nak bubur ayam McD dengan Beef Prosperity. Someone follow tolong Risya angkat tray.” Ujar Risya.

“Aku follow.” Balas Asyifa ingin membantu.

Zikry dan Aizril duduk di sebelah meja Arisya. Zikry bangun lalu menuju ke kaunter untuk memsan makanan dan beratur di belakang Risya.

Risya membuat pesanan seperti yang diminta teman-temannya. Asyifa membantu mengangkat tray makanan yang dipesan.

“Nak saya tolong?” soal Zikry ikhlas.

“Tak perlu. Awak order la makanan. Kitorang boleh angkat sendiri.” Balas Risya lalu beredear.

“Yahoooo... laparnya...” ujar Aina ketika Risya dan Asyifa tiba di meja.

“Dah... jom makan.” Sahut Aisyah.

Aizril hanya memerhati gelagat lima orang sahabat itu. Dia tersenyum. Zikry tiba di meja dengan sedulang makanan dan minuman.

“Risya, untuk awak.” Zikry menghulurkan aiskrim kepada Risya.

“Rezeki jangan ditolak. Tapi, tak pe la awak. Makanan saya banyak lagi ni. Awak je la yang
makan.” Jawab Risya tersenyum.

Zikry kembali ke tempatnya semula. Aizril ketawa. Kasihan melihat sepupunya itu.

“Kelakar la aku tengok kau ni Zikry. Selalunya senang je awek nak sangkut dengan kau. Tapi minah ni lain la. Susah betul kau nak tackle dia.” Ujar Aizril.

“Kau gelakkan aku Zril. Tak guna punya sepupu. Aku pun tak tau kenapa. Tapi, Risya ni special la.” Balas Zikry sayu.

“Dah la tu Zikry. Aku rasa kau give up je la. Bukan senang nak tackle dia. Dia ni special. Macam kau cakap tadi. Hehehehe....” Aizril mengenakan Zikry.

Selesai makan, Risya dan teman-temannya beredar untuk pulang ke rumah masing-masing. Risya, Aina dan Asyifa akan pulang bersama memandangkan mereka tinggal berjiran. Manakala Aisyah pula akan pulang bersama Najihah.

“Zril. Cepat. Dorang dah bangun dah tu.” Gesa Zikry.

“Yela... yela... dah jom..” balas Aizril.

Mereka berdua mengikuti jejak lima gadis itu hingga ke perhentian teksi.

“Risya, nak nombor handphone please....” ujar Zikry merayu.

Risya berpaling lalu memberikan nombor telefonnya kepada Zikry.

“Saya call awak. Tu nombor saya.” Ujar Zikry lagi.

Risya kaget. Dia berpaling menghadap Aina.

“Aina, kau call aku masa mamamt tu call. Aku bagi dia nombor tipu.” Bisik Risya perlahan.

“Okey... okey...”

Aina menjalankan tugasnya apabila dia melihat Zikry mengangkat telefon ke telinga. Telefon Risya berdering. Dia tersenyum.

“Awak dapat tak nombor saya?” soal Zikry lembut.

“Dapat... dapat... Kalau macam tu saya balik dulu. bye.” Ujar Risya sambil tersenyum lalu
meninggalkan kedua-dua jejaka tersebut.

“Risya, awak tipu!!” laung Zikry tiba-tiba.

Risya dan teman-temannya berpaling. Zikry sedang berjalan menuju ke arah mereka.

“Awak bagi saya nombor tipu. Saya baru je call awak. Tapi awak tak angkat pun. Tiba-tiba entah
ada India mana pula yang jawab.” Jelas Zikry geram. Dia terasa dipermainkan.

‘Alamak. Kantoi sudah. Spesies apa eyk mamat ni. Semangat betul. Kang aku bagi nombor pak cik yang hantar surat khabar tiap-tiap hari kat rumah aku kang. Tak pun aku bagi number Uncle Ah
Seng plumber tu. Dia ada anak perempuan. Boleh mamat ni kenal. Haish! Apa aku nak buat?’ Risya runsing.

“Maaf. Tapi saya tak berani nak bagi nombor telefon pada orang yang saya tak kenal. Nama awak pun saya tak tahu. Kita baru jumpa hari ini. Kalau ada apa-apa, awak call rumah saya je la. Awak ada kan nombor rumah saya. Nombor tu betul, tak tipu.” Jelas Risya sopan lalu beredar pulang.

Zikry hampa. Dia malu. Tidak pernah ada seorang perempuan pun yang pernah berbuat demikian kepadanya. Selama ini, setiap perempuan pasti akan terpikat dengan kekacakan rupa parasnya.
Tetapi hari ini berbeza. Dia jatuh di tangan seorang perempuan bernama Arisya Azureen, yang sempurna pada pandangan matanya. Dia tekad. Gadis itu pasti akan jadi miliknya.

Arisya Azureen. Seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih mulus. Wajahnya kemerahan apabalika terkena terik mentari. Perangainya gila-gila.tidak sombong dan peramah. Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Dan yang paling penting sekali, tidak hipokrit dan mengada-ngada seperti kebanyakan gadis bandar sekarang.

Banyak yang diketahuinya tentang gadis itu selepas satu hari hari memerhati gerak-geri dan tutur bicara gadis itu. Hatinya tertawan. Dia terpikat. Setiap senyuman yang diberikan dirasakan ikhlas dan hatinya berdebar. Inikah cinta?

“Risya! Nama saya Zikry Haziq!” laung Zikry kuat apabila melihat sebuah teksi berhenti di
hadapan Risya dan dua orang temannya.

Risya berpaling dan tersenyum. Lalu masuk ke dalam teksi yang sedang menunggu.

* * * * *

Zikry tersenyum di tepi jendela. Majlis perkahwinannya baru sahaja selesai. Dia teringat sesi perkenalannya dengan Arisya Azureen yang kini telah sah menjadi isterinya. Tidak sia-sia dia menelefon rumah Risya dahulu. Hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari. Selepas Risya tamat SPM, Zikry terus menghantar rombongan meminang sekaligus bertunang.

Empat tahun dia menunggu Risya menamatkan pelajarannya di Ireland. Empat tahun juga dia berusaha bersungguh-sungguh bekerja sebagai seorang jurutera kapal terbang untuk menanggung hidup mereka kelak. Akhirnya, setelah empat tahun menanti, Arisya Azureen kini sah bergelar isteri kepada Zkiry Haziq.

“Abang...” sergah Risya dari belakang.

Zikry menarik Risya ke dalam pelukan. Dicium dahi si isteri penuh kasih.

“Kenapa abang senyum sorang-sorang? Ada nenek kebayan eyk kat luar tu.” Gurau Risya.

“Hisy. Bini abang ni, cakap bukan-bukan pula. Tak la sayang... abang teringat saat kita mula-
mula kenal dulu.” balas Zikry lembut.

Risya tersenyum teringat bagaimana kesungguhan Zikry untuk berkenalan dengannya. Terkejut juga apabila Zikry betul-betul menelefon rumahnya. Lagi terkejut apabila Zikry menghantar rombongan meminang sehari selepas dia tamat SPM. Waktu itu, Zikry sedang bersedia berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran.

Kini, Risya bahagia bersama suami tercinta. Harapan mereka agar rumah tangga yang baru di bina kekal selamanya.

0 kata orang:

Post a Comment