04 February 2011

Aku untuk Dia 3

"Dania,nah."Zahid menghulurkan sebuah beg plastik kepada Dania.

"Apa ni Zahid?"soal Dania ingin tahu.

"Aku dah belikan kau kasut baru.Tak tau muat ke tak.Kau cuba la dulu."balas Zahid.

"La..susahkan kau aje.Aku baru ingat nak beli kasut baru hujung minggu ni.Anyway,thanks tau."ujar Dania sambil tersenyum.

"Nanti aku bayar balik.Dompet aku tertinggal dalam kelas.Jangan lupa claim tau."sambung Dania lagi.

Dania menyarungkan kasut yang dibeli oleh Zahid itu.Mereka berdua melangkah bersama menuju ke kantin.Kelihatan Danny sedang memandang ke arah mereka.

"Nah kasut kau."jerkah Danny.

"Kau buat apa dengan kasut aku hah?Jangan cakap kau bawa tidur.Lupa pulak aku nak teropong rumah kau semalam."balas Dania sambil tersenyum sinis.

“Tak ade maknanya aku nak bawa tidur.Kau tak pernah basuh kasut apa?Bau mengalahkan ikan tujuh kilo kat pasar lelong.Ada hati nak suruh aku bawa tidur."balas Danny lantas meninggalkan Dania dan Zahid.

* * * * *

"Dania,tahun ni kita exam SPM.Kau tak takut ke?Aku takut arh.Dah la kita ni selalu tak masuk kelas a.k.a poenteng kelas.Macam mana ni?"soal Nana.Mukanya kelihatan runsing memikirkan peperiksaan yang bakal menjelang.

"Aik,baru sekarang nak fikir?Selama ni ponteng kelas tak ade pulak nak merungut.Bukan main seronok lagi adalah."sindir Lala pula.

"Itu dulu.Sekarang aku dah insaf dah.Lagi pun SPM tinggal berapa bulan je lagi."balas Nana beriya-iya.

"Apa yang menyebabkan kau terfikir pasal benda ni?Risau semacam aje."soal Dania pula.

"Tak ade.Semalam mak aku tetibe tanya aku nak ambik course apa kat U.Lepas tu dia tanya nak masuk U mana.Tu yang buat aku insaf.Susah jugak la aku nak lelapkan mata semalam.Aku rasa benda ni macam penting sangat."jawab Nana membalas pertanyaan Dania.

"Ooh.Kitorang bukannya tak takut.Siapa yang tak takut wey nak ambik SPM.Bukannya senang.Kalau setakat petik jari aku pun boleh.Ini tidak.SPM la yang menentukan masa depan aku.Kalau boleh aku tak nak kecewakan family aku.Kau faham-faham la kan siblings aku macam mana.Semua berjaya."ujar Risya penuh bersemangat.

"Kalau macam tu,apa kata kita start dari sekarang.Kita buat study group after school.Lagipun kita tak terlibat dengan aktiviti 'Mencapai A' en?.Weekend kita rehat.Bila dah nak dekat exam kita gather kat rumah sesiapa la.Kita buat kuiz revise balik apa yang kita dah belajar.Amacam?Okey tak idea aku?."cadang Lala pula.

Mereka berempat tersenyum.Empat kepala mengangguk setuju.Itulah tekad dan azam mereka untuk berjaya ke menara gading.

* * * * *

"Nia tak buat group discussion ke prepare untuk exam tak lama lagi?"soal Puan Sri Sharifah Aisyah Adawiyah kepada puteri tunggalnya ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Nia buat study group dengan kawan-kawan kat sekolah.Lepas sekolah kitorang stay back buat discussion.Kenapa mama tanya?"soal Dania pula.

"Tak ada apa.Mama saja tanya.Nak tau anak mama ni dah ready ke belum.Mama harap Nia buat elok-elok.Mama juga doakan Nia berjaya macam abang-abang Dania.Walaupun mama dengan papa busy.Kami tak pernah abaikan tanggungjawab kami tehadap anak-anak.Nia tau tu kan."jelas Puan Sri Sharifah Aisyah.

"Kalau boleh Nia ajak la Danny study sama.Kamu berdua pun dah lama kenal kan.Mama nak tengok kamu berdua berjaya.Mesti Auntie Tina dengan Uncle Azman bangga."sambung Puan Sri Sharifah Aisyah lagi.

"Haa.Okey.Tengok dulu la mama."balas Dania terkejut.'Ada ke mama suruh aku study dengan Danny?Nak ke mamat tu study?Gaya macam tak nak aje.Setahu aku dia pergi sekolah atas tiga sebab;1.tempat dia ambil SPM.2.dia nak cari jodoh,tu pun kalau jumpa.3.parents dia suruh.Hurh..langsung tak ade niat nak belajar.Apa punya orang pun tak tau la.'desis hati kecil Dania.

0 kata orang:

Post a Comment