04 February 2011

Aku untuk Dia 2

"Terima kasih Pak Mat."ucap Dania kepada pemandunya sambil tersenyum.

"Assalamualaikum!!!Mama,Nia dah balik."laung Dania kuat.'Isy,mana pergi semua orang dalam rumah ni?'

Dania meletakkan beg sekolahnya di ruang tamu lalu bergegas ke dapur."Mak Ton masak ape hari ni?Bau sedap arh."soal Dania kepada pembantu rumahnya."Nia dah lapar ni.Perut ni pon dah start main saksofon.hehe."sambung Dania lagi.

"Mak Ton masak lauk ketam masak lemak cili api.Tu kan favourite Nia.Dah Nia pergi naik atas dulu,tukar baju,lepas tu solat.Kemudian baru turun makan.Nanti mak Ton sediakan makanan.Dah cepat,pergi naik atas.Yang tercegat kat situ lagi buat ape?"arah Mak Ton apabila melihat Dania masih terkial-kial berdiri di ruang masuk dapur.

"Ai ai madam."gurau Dania.

"Ergkkk.Kenyangnyaaa.Betul sedap la Mak Ton masak.Kalau macam ni tiap-tiap hari,boleh obesiti Nia."ujar Dania kepda Mak Ton sambil memegang perutnya.

"Isy.Anak dara tak tau malu sendawa kuat-kuat.Malu la sikit.Buatnya didengar dek jiran-jiran.Apa diorang kata nanti.Anak Tan Sri Sheikh sendawa mengalahkan bapa buaya."usik Mak Ton mengenakan Dania.

"Apalah Mak Ton ni.Nia sendawa macam ni depan Mak Ton je la.Depan orang lain control ayu la."balas Dania."Mak Ton,mama mana?"soal Dania lagi.

"Oh,mama Nia dia pergi rumah Auntie Tina sebelah.Alaa rumah kawan Nia tu.Apa namanya tu?Dan,Danny?Macam tu la kan bunyinya.lebih kurang la tu."jawab Mak Ton sejurus selepas selesai mencuci pinggan.

"Ooh.Apa mama buat kat sana?"soal Dania ingin tahu."Entah.Mana la Mak Ton tahu."balas Mak Ton tidak pasti."Mak Ton.Nia pergi siapkan kerja sekolah dulu la eyk."

"Erm.Yelah."

* * * * *

Dania sedang berbual dengan teman-temannya di hadapan koperasi sekolah.Danny pula dalam perjalanan menuju ke arahnya.Dalam keadaan Dania membelakangkan Danny,dia mengepal penumbuk lalu ditujukan ke kepala Dania.Balas dendam mungkin.Namun,Dania sempat berpusing dan mengelak.Dania memulakan serangan dengan mengangkat kaki untuk menendang Danny.Danny pantas mengelak lalu meninggalkan Dania dan teman-temannya.

"Sabar Dania,sabar.Lek lu,lek lu."Risya cuba menenangkan temannya yang seorang itu.

"Hisy.Mamat ni,suka betul cari gaduh dengan aku.Tau la aku kuat."ujar Dania perasan.

"Dah la,jom masuk kelas."Lala cuba menenangkan keadaan.

Dalam perjalanan pulang ke bus stop,Dania terserempak dengan Danny di kantin.Apa lagi,bermulalah slot drama antara mereka.Dania membaling kasutnya bagi membalas balingan ais dari Danny.

"Ni!Kau nampak kasut ni?Aku baling kat kau kang."jerit Dania geram.

"Baling la kalau berani.Kau ingat aku takut?"jawab Danny menambahkan lagi tahap kemarahan Dania.

"Aku baling ni.Aku baling.Kau berdiri situ.Jangan bergerak."arah Dania geram sambil sedia memegang kasutnya ala-ala ahli lontar peluru.

Dania membaling kasutnya ke arah Danny namun sempat disambut oleh musuh ketatnya itu.Kasut Dania kini berada di tangan Danny.Dia tersenyum megah.

"Danny!Bagi balik kasut aku tu."Jerit Dania.

"Tadi nak sangat baling kan.Dah baling dah la.Buat apa nak minta balik."balas Danny selamba.

"Bagi la balik.Aku nak balik rumah la."jawab Dania.

"Balik la.Aku tak halang kau pon."ujar Danny sambil berlari membawa lari kasut Dania.

"Laa.Tak habis lagi rupanya diorang ni.Aku ingat dah settle waktu rehat tadi."fikir Nana melihatkan muka Dania yang merah.Geram dengan Danny mungkin.'Nasib baik warna merah,kalau warna hijau tak ke jadi Incredible Hulk.Haru gamaknya.Hehe.'desis hati kecil Nana.'Tak dapat aku bayangkan Dania jadi Hulk.'Nana mula berimaginasi tentang temannya itu.

Dania mengejar Danny.Bermulalah sesi kejar mengejar sambil menjerit-jerit antara mereka berdua.Yang seorang jerit minta kasut.Yang seorang lagi jerit tak nak bagi.Dah macam main police and thief je gayanya.Dania melepaskan Danny bersama kasutnya.'Penat aku nak kejar kau.Tak kuasa aku.'gerutu hati kecil Dania selepas Danny berlari meninggalkan dia sambil membawa beg sekolahnya.Ingin pulang barangkali.

Zahid menuju ke arah Dania sambil menghulurkan sepasang selipar."Nah.Pakai selipar ni dulu."

"Thanks Zahid.Aku baru nak amik kat surau.Ni semua kerja Danny la ni.Tak guna."luah Dania kesal.

"Yang kau baling kasut kat dia tu kenapa?Dah tak ade kerja lain dah?Dah,jom la balik.Esok ko bawa selipar ni tau."pesan Zahid perlahan.

0 kata orang:

Post a Comment