04 February 2011

Aku untuk Dia 1

'Kringggg......!!!!'Loceng menandakan rehat bergema di seluruh kawasan sekolah.Dania berlari menuju ke kantin tanpa menunggu teman sekelasnya yang lain.Alasannya tak suka berebut-rebut nak beli makanan.Selepas membeli makanan,Dania menunggu teman-temannya sampai.

'Belum ramai yang turun.Tak lapar ape perut dorang?'soalnya dalam hati.Sedang dia ingin menyuap laksa ke dalam mulut,kerusi yang didudukinya dilanggar oleh seseorang."Nasib baik tak tumpah."bisik Dania.Dania mengangkat muka untuk melihat gerangan yang telah mengganggu ketenteramannya untuk makan tadi."Oh,mamat sewel ni rupanya.Excited giler nak beli makanan sampai langgar-langgar orang."katanya dalam nada perlahan.

Tiba-tiba mejanya didatangi seseorang."Kau cakap ape tadi?"soal Danny.'Dengar pulak dah mamat ni.Ingatkan tak dengar.Kuat sangat ke aku cakap?Aku rasa slow je.Telinga gajah ape mamat ni.'Dania berkata-kata dalam hati sambil sempat membelek telinga Danny dihadapannya.

"Mana ade aku cakap ape-ape.Kau je yang perasan."jawab Dania selepas menghabiskan kunyahannya.

"Kau ingat aku tak dengar?Aku belum pekak lagilah.Baik kau ulang ape yang kau cakap tadi.Kalau tak...."arah Danny.

"Kalau kau tak pekak apsal kau tanya aku lagi apa yang aku cakap tadi.Lagi satu,aku tak tujukan kat sesape.Yang kau terasa ni kenapa?"balas Dania berlagak berani.'Mana pulak kawan-kawan aku ni?Masa ni jugak dorang ni hilang.'bisik Dania.

"Berani kau lawan aku eyk?Aku tanya lagi sekali,kau cakap ape tadi?"jerkah Danny tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Aku cakap,kau ni excited giler nak beli makanan,macam tak pernah rehat.Kebulur sangat ke?"jerit Dania kepada Danny yang berada di hadapannya.

"Ape masalah kau?Kau tak puas hati ke?Kau ingat kau sorang je nak makan?"soal Danny geram sambil memandang Dania.'Harap muka je cantik.Perangai mengalahkan nenek aku yang kuat membebel kat kampung tu.Nasiblah nama nenek pon terlibat sekali.'Danny meneliti raut wajah Dania yang persis model terkenal tanah air,Nasha Aziz.

"Aku tak ade masalah.Aku rasa baik kau pergi beli makanan sekarang Danny.Aku takut kau kebulur je nanti."balas Dania sambil mengangkat jari telunjuknya ke arah deretan kedai menjual juadah.

'Minah ni betul buat aku naik angin.Si Dania ni tak pernah puas gaduh dengan aku.Betul cari nahas.Jaga kau Dania.'ngomel Danny dalam hati."Kau ni memang ar Dania.Suka cari gaduh dengan aku.Jaga kau."tutur Danny dalam nada mengugut.

"Ingat aku takut ape?Setakat orang macam kau.Dah la kurus keding,macam cicak kobeng ade hati nak ajak aku gaduh."jawab Dania selamba menayangkan muka toya pada Danny.'Menyampah aku.Berlagak tak habis-habis.Danny,Danny.'bisik hati kecil Dania.Danny melangkah pergi dengan hati yang sebal.'Nampaknya pergaduhan kita masih belum tamat Dania'.

10 minit kemudian,teman-teman Dania muncul.Suasana kantin kembali riuh seperti biasa."Kau okey tak Nia?"soal Nana kepada Dania.Gerun dia melihat muka Dania yang macam nak telan orang tu."Kau baru lepas gaduh eyk?"sambung Nana lagi.

"Si mamat sewel tu la yang mula dulu.Padahal benda tu kecik aje.Dia je yang lebih-lebih.Pastu nak marah-marah."rungut Dania pada teman-temannya."Dahlah.Cepat habiskan makanan.Tak payah fikir pasal benda tu.Tau la aku nak buat apa nanti.Wey.lepas ni masa ape?"soal Dania.

"Fizik double period.Lepas tu BM and then Bio."jawab Lala.

"Korang nak masuk ke?"celah Nana.

"Gila penat jadual hari ni.Aku nak 'pasang sayap'.Korang?"jawab Dania protes dengan jadual matapelajaran yang padat.Tiga kepala mengangguk.

"Nanti sume tanye homework kat Melly tau."pesan Lala kepada teman-temannya.Mereka tersenyum.

*****

0 kata orang:

Post a Comment