04 February 2011

Liya...oh...Liya...

Mak,cuti musim panas dah nak dekat.Liya balik ya mak.Liya rindu lah dengan masakan mak.Dah lama tak balik cuti.Yalah,mak tau la kan,UK dengan Perak bukannya dekat."ujar Adaliya kepada ibunya memaklumkan cuti semester yang bakal menjelang.

"Tak ade musim panas musim sejuknya.Malaysia dah memang sedia panas.Kau jangan nak bagi alasan.Kau tu memang.Kalau mak tak telefon,suruh kau balik.Tak adanya kau nak balik.Apa la yang susah sangat.Kalau setakat Ulu Klang dengan Ulu Kinta.Pandu berapa jam je dah sampai.Kereta bukannya tak ade.Mahal-mahal kau beli,tapi tak pakai.Baik kau bagi mak yang kat kampung ni.Dapat juga mak ronda-ronda."bebel Mak Piah kepada anak tunggalnya yang seorang itu.

"Alah mak ni.Assignment banyak sangat la.Sampai tak cukup tangan nak siapkan.Sebab tu la tak ade masa nak balik.Mak ni,mak pakai la kereta arwah ayah tu dulu.Volvo lagi tu.Bergaya.Ada class.Elok lagi kan kereta tu."balas Adaliya.

"Dah memang tangan ada dua.Apa yang tak cukupnya.Kau tu memang.Ada aje jawapan kalau mak cakap.Dah,cuti ni balik.Mak ada hal penting nak bincang dengan kau."sambung Mak Piah lagi.

"Alang-alang mak dah telefon ni,mak cakap kat sini je la."pujuk Adaliya.

"Tak ade.Balik nanti baru kita bincang.Dah,mak nak pergi senam robik ni.Belajar elok-elok.Jaga diri tu.Awak tu anak dara.Belum kahwin lagi.Faham."ujar Mak Piah tidak henti dengan bebelannya.

"Ai ai madam.Sayang mak.Bye,Assalamualaikum."Adaliya meletakkan gagang.

* * * * *
"Liya!!oh Liya!!!"laung Mak Piah dari bawah.

Diam.Tiba-tiba...

"Krooohhhh...hik...Krooohhh.hik...Kroohhh..."

"Eeh budak ni,tidur pulak dia.Tadi kata nak baca buku.Isy..isy..isy..budak ni."bebel Mak Piah.

Mak Piah mengambil penyapu yang tersandar di batang pokok rambutan itu lalu disuakannya ke arah Adaliya yang sedang lena beradu di atas pokok itu.

"Opocot..mak aku masuk sehati berdansa dengan pak mat jual tempe dekat hujung kampung sebelah...."Liya melatah.

"Apa kau cakap?sehati berdansa ye?Banyak la kau punya dansa.Apa kau buat atas pokok tu hah?"jerkah Mak Piah.Geram dengan perangai Adaliya.

"Hehe,,baca buku mak.Kenapa mak tanya?"soal Adaliya tersengih.Serupa kambing tak mandi pagi.

"Baca buku ya?Berdengkur bukan main kuat,kau cakap baca buku?"jerit Mak Piah lagi.

"Bukan dengkur la mak.Liya menghayati.Sebab tu Liya baca kuat-kuat."balas Liya dari atas pokok.Masih belum turun ke bawah.Takut mahu berdepan dengan ibunya barangkali.

"Banyak la alasan kau.Berdengkur ada dalam buku tu ke?Haisy...Macam-macam la kau ni.Dah puas melantak.Kau lari ya.Dah,turun bawah cepat.Mak ada perkara nak bincang dengan kau."sambung Mak Piah sambil beredar masuk ke dalam rumah.

Adaliya turun dengan penuh hati-hati.Takut terjatuh.Tidak mahu peristiwa dia patah kaki dan tangan berulang lagi.Nasib baik tak putus kepala.

"Liya,kamu ni bila nak kahwin.Kamu tu bukannya muda lagi.Mak ni pun dah agak tua.Nanti esok lusa siapa yang nak jaga kamu."ujar Mak Piah sayu.

"Isk...isk...Sob..sob...Mak ni buat Liya sedih la.Mak jangan la cakap macam tu."balas Liya pula.

"Eh eh..Sedih apanya.Yang kamu nangis ni kenapa pulak?Dah,tak payah ngada-ngada nak nangis.Mak cuma tanya bila kamu nak kahwin.Nak mengelak la tu."sambung Mak Piah lagi.Faham dengan perangai anak gadisnya yang tidak suka membicarakan isu kahwin.

"Oh..Tak payah nangis eyk.Hehe..Ala mak,Liya bukannya tak nak kahwin.Tapi belum sampai masanya.Liya baru 22 tahun mak.Itu mak kata tua?"jawab Liya.

"Kalau zaman mak dulu,umur 16 pun dah boleh kahwin tau."ujar Mak Piah tidak mahu kalah.

"Itu dulu la mak.Liya pun belum habis belajar lagi.Lagipun,mak jugak yang suruh Liya belajar pandai-pandai.Bak kata pepatah.Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina."balas Liya berfalsafah.

"Bukannya mak tak bagi kamu belajar.Belajar lah sampai ke negeri Cina sekalipun.Mak tak halang.Lepas kahwin pun boleh belajar kan?Kamu je yang bagi alasan.Tengok anak Mak Ton tu.Anak dia tengah belajar lagi,tapi dah kahwin.Bahagia je mak tengok."jawab Mak Piah.

"Tapi Liya belum sampai negeri Cina lagi.Liya still di Ulu Kinta.Lepas Liya balik dari Cina,Liya kahwin eyk.Mana tau dapat mualaf hensem ke mak.Besar pahala Liya."pujuk Liya lagi.

"Mualaf tak mualaf.Mak tak kisah,asalkan kamu kahwin.Macam-macam lah kamu ni Liya.Susah-susah sangat,mak je lah yang kahwin.Nak suruh kamu,macam-macam alasan kamu bagi."rungut Mak Piah sebal.

"Hah..Apa?Mak nak kahwin?Biar betul mak?Mak nak kahwin dengan sape?"soal Liya panasaran.

"Betu la.Apa yang tak betulnya?Dah tu,nak suruh kamu kahwin lambat sangat."balas MakPiah.

"Ala,nanti Liya kahwin la mak.Lambat atau cepat je.Lagipun,tak ade calon lagi la mak."jawab Liya perlahan.

"Kalau ada calon,kamu nak kahwin?"soal Mak Piah tidak sabar.

"Kalau mak suruh,Liya kahwin la.Tapi tengok jugak la orangnya macam mana.Kalau dah tua kerepot,rambut beruban,gigi dah tak ada,tak nak la Liya."jawab Liya cerewet.

"Amboi,memilih.Kang aku kahwinkan kau dengan Pak Mat tempe kampung sebelah tu kang.Dia tu duda lagi."ujar Mak Piah.

"Hehee.Takpe la mak.Mak je la kahwin dengan dia."balas Liya lalu masuk ke dalam biliknya.
Mak Piah tersenyum.Puas.

* * * * *
"Assalamualaikum!!!"laung Aiman memberi salam.

Adaliya menyarung tudung."Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni?"ngomel Liya.

"Waalaikumussalam."salam dijawab.

"Encik nak cari siapa?"soal Liya lembut.

'Ermm.Cantik.Mungkin ni la kot Adaliya yang Mak Piah cakapkan.'desis hati kecil Aiman.

"Saya datang nak jumpa Mak Piah.Dia ada?"soal Aiman pula.

"Mak tak ade.Dia pergi taman,senam robik.Encik nak order kuih ke?"soal Liya sambil tersenyum.

"Tak..tak..Dia cakap nak jumpa saya hari ini.Sebab tu saya datang,Tak apalah saya balik dulu.Assalamualaikum."ujar Aiman lalu beredar meninggalkan perkarangan rumah Mak Piah.

'Waalaikumussalam.'salam dijawab dalam hati.

'Siapa mamat tu eyk?Tak pernah nampak pun.Orang baru ke?Ganteng.'Adaliya mula berangan-angan.

"Mak, tadi ada orang cari mak.Tapi dia bukan nak order kuih.Dia kata mak nak jumpa dia.Siapa tu mak?"ujar Liya kepada ibunya yang baru pulang dari senam robik.

"Aiman la tu.Anak buah Haji Sulaiman.Baik budaknya.Berkenan hati mak ni."jawab Mak Piah.

"Kenapa mak nak jumpa dia?"soal Liya ingin tahu.

"Saja je Liya.Sejak dia datang kat kampung ni,dia selalu datang rumah ni borak-borak dengan mak.Rajin tolong mak buat kuih.Nak harapkan kamu,memang tak la.Telefon pun susah."sindir Mak Piah.

"Mak ni,jangan la cakap macam tu.Kecik hati Liya."Liya merajuk.

"Aik?Sejak bila kamu reti merajuk ni?Selalunya mak cakap,ada aje yang kamu jawab.Macam-macam la idea kamu tu.Hari ni merajuk pulak dah."ujar Mak Piah pula.

Liya berlalu meninggalkan dapur.

"Liya,nak pergi mana tu?"soal Mak Piah.

"Keluar jap mak."balas Liya perlahan.

"Panjat pokok la tu.Haisy..Liya..Liya."keluh Mak Piah sendirian.

"Assalamualaikum."sapa Aiman.

"Waalaikumussalam."balas Liya.

"Oh awak.Mak ada kat dalam.Masuklah."sambung Liya lagi.

"Awak ni Adaliya kan?Dira Adaliya,anak Mak Piah yang belajar kat KL tu."soal Aiman inginkan kepastian.

"Bukan KL la,UK.Ha'ah.Saya Adaliya.Mana awak tau?Awak siapa?Rasanya bukan dari kampung ni kan?"soal Liya pula.

"Mak Piah selalu cerita pasal awak.Nama saya Aiman Qadry.Saya dari Johor.Saje datang sini melawat pak cik saya,Haji Sulaiman."terang Aiman lancar.

"Awak memang suka duduk atas pokok eyk?Ke awak suka menjerit?"sambung Aiman sambil ketawa.

Adaliya pelik.'Apa kena mamat ni?Buang tebiat apa,kata aku suka menjerit.'ngomel Liya dalam hati.

"Kenapa awak tanya?"balas Liya.

"Tak adelah.Dari tadi awak tak turun-turun.Dah tu kena jerit pulak tu nak cakap dengan awak.Mana tau awak suka main jerit-jerit."jawab Aiman selamba.

'Eh eh mamat ni.Perli aku eyh?Harap muka je hensem.Mulut,tak ada insurans.Ini mak kata baik?'fikir Liya dalam hati.

"A'ah.Saya ni memang suka memanjat.Menjerit pun saya suka.Kalau boleh la kan.Saya nak jadikan kampung ni macam hutan.Banyak pokok.Boleh saya main panjat-panjat dengan jerit-jerit.Dalam masa yang sama,saya boleh memelihara dan memulihara khazanah alam.Tak de la jadi perosak bangsa pemusnah negara yang mengganggu gugat keamanan sejagat."terang Liya panjang lebar.

Aiman tersenyum.'Kerek betul minah ni.Ni Mak Piah nak suruh aku jadikan bini?'soal Aiman dalam hati.

"Bagus jugak idea awak tu.Nanti saya boleh tolong awak jaga hutan tu sekali.Saya pun minat main panjat-panjat.Cuma yang jerit-jerit tu,saya tak ada bakat sangat la."ujar Aiman selamba.

Baru sahaja Liya ingin membalas,Mak Piah sudah datang.

"Eh eh,Aiman ada kat sini rupanya.Kamu berdua dah kenal la ni?"soal Mak Piah tersenyum.

"Dah mak.Baik budaknya,macam mak cakap tadi."ujar Liya sambil memandang tajam ke arah Aiman.

"Baguslah tu kalau dah kenal.Aiman,jom lah masuk dalam.Mak cik nak tanya kamu ni.Liya,kamu duduk je atas pokok tu.Tak payah turun-turun."arah Mak Piah lalu masuk ke dalam rumahnya.

Aiman tersengih.Adaliya memberi jelingan maut.

* * * * *
Hubungan Mak Piah dengan Aiman semakin akrab dari hari ke hari.Mereka seperti belangkas.Dimana ada Mak Piah,di situ pasti ada Aiman.Adaliya mula curiga.

'Buang tebiat apa mak aku ni.Bukan main rapat lagi dengan Aiman tu.Macam orang bercinta pulak.Jangan-jangan...'persoalan itu sering bermain di benak fikiran Liya.

"Mak,Liya tengok mak asyik berkepit dengan Aiman tu je.Tak pernah berenggang.Tiap-tiap hari pulak tu.Mak ada apa-apa ke dengan dia?"soal Liya curiga.

"Memang ada apa-apa.Aiman minta tolong sesuatu dari mak.Mak ayah dia pun tolong sekali.Kamu tak payah risau la."balas Mak Piah tersenyum.

"Apa yang mak rahsiakan ni?Bagi la tau Liya.Liya pun nak tolong jugak."rayu Liya.

"Kamu tak payah tolong apa-apa.Kalau nak tolong sangat.Tolong kemas rumah ni.Mak dah belikan langsir dengan sarung kusyen baru.Nanti kamu tolong gantikan ya."jawab Mak Piah tidak mahu memberitahu hal sebenar.

* * * * *
Seminggu berlalu.

"Apasal ramai sangat orang kat rumah aku ni?"bisik Liya ketika baru pulang dari kedai.

"Siap memasak lagi tu.Ada apa ni?Rumah aku buat kenduri ke?Mak tak cakap apa-apa pun."sambungnya lagi.

"Mak.Kenapa ramai sangat orang kat rumah kita ni mak?"soal Liya ragu.

"Jap..jap...Yang mak pakai cantik-cantik ni kenapa?Macam orang nak kahwin aje."hati Liya berdebar.Jantungnya berdegup pantas.

"Bukan nak kahwin la.Tunang je dulu.Pihak lelaki pun dah setuju.Liya jangan risau la.Mereka boleh terima baik buruk keluarga kita."balas Mak Piah sambil tersenyum.

'Hisy..Apa kena mak aku ni.Jangan cakap mak aku nak bertunang.Dah aku kahwin lambat sangat.Tapi dengan siapa?Takkan dengan Abang Aiman kot?'fikir Liya sendirian.Dia bingung.Hatinya resah.

'Takkan aku jelez pulak kot.Aku kan tak suka dia.Ye ke aku tak suka dia.Tapi,kalau suka pun sejak bila?Sejak hari tu kot.Ah,biarlah.'desisnya dalam hati.

Ingatan Liya kembali ke peristiwa hari Ahad lalu.Ketika itu,Liya berada di atas pokok sedang menikmati buah rambutan yang ranum lagi masak.Dia leka seketika.Terlalu menghayati keenakan rasa buah rambutan tersebut.Sedang dia makan,tiba-tiba...

"Ouch!Sakitnya.Mana datang pulak biji rambutan ni?"sungut Aiman.Mata ditala ke atas pokok.

'Minah sewel ni rupanya.Makan tak ingat dunia.Aku sumpah ranting pokok yang dia duduk tu patah kang,baru tau.Hisy.Bengang aku.'desis hati kecil Aiman.

Aiman berlalu pergi.Tiba-tiba....

"Alamak....Ranting ni nak patah pulak dah.Aaaaaahhhh!!!!"Liya menjerit ketakutan.Dia tidak mahu anggota badannya patah lagi.Cukup la patah sekali.Seksa sungguh.

Aiman berpaling.Matanya memandang ke atas.Dilihatnya Liya sedang terapung diudara.Menanti masa untuk jatuh ke tanah.Segera dia berlari untuk menyambut Liya.Akhirnya Liya berjaya disambut oleh Aiman.

'Berat jugak eyk minah ni.Ingatkan kurus ringan.Tengok-tengok,berat sama dengan aku.'bisik hati Aiman.

'Ha,,,aku hidup ke mati ni?'fikir Liya dalam hati.

Matanya dibuka.Aiman sedang mencempungnya.Dia cuba berdiri.

"Thanks."ucap Liya perlahan.Masih terkejut dengan kejadian tadi.

"It's okay.Dah saya ada kat bawah.Saya tolong la.Awak okey tak?"soal Aiman risau apabila melihat muka Liya pucat.

"Okey.Cuma terkejut sikit.Tak sangka pulak ranting tu nak jatuh.Entah sape la yang sumpah saya."balas Liya lembut.

'Gulp...Terasa pulak aku.Betul la,doa orang teraniaya dimakbulkan Allah.'bisik Aiman dalam hati.

"Jom saya papah awak masuk dalam.Saya pun nak jumpa Mak Piah ni."ujar Aiman sambil cuba membantu Liya berdiri.

"Thanks.Tapi,mak saya tak ada kat rumah.Dia pergi rumah Mak Ton kejap.Awak balik la dulu."jelas Liya sopan.Tidak sekasar dulu.

"Hurm..Takpe la.Saya tunggu hingga mak awak balik.Dapat jugak saya tengok-tengokkan awak."balas Aiman sambil tersenyum.Ikhlas.

Liya membalas senyuman Aiman.Manis.Jantung mereka berdegup pantas.Hanya Tuhan yang tahu.Sejak itu,Liya mula menyedari,hatinya terpaut dengan keikhlasan Aiman.

"Liya,pergi tukar baju cepat.Pihak lelaki dah sampai tu.Malu pulak mak nanti.Apa pulak kata diorang.Dah,pergi naik.Lepas tu pergi ruang tamu.Temankan mak."ujar Mak Piah mengejutkan Liya dari lamunannya.

Liya berlalu pergi.Hatinya sakit.Pedih.Lelaki yang baru sahaja dicintainya,yang baru disayanginya,mula beralih kasih.Dia pasrah,namun,hatinya tetap terluka.

Selepas bersiap ala kadar,Liya pergi ke ruang tamu.Dilihatnya Aiman segak dengan baju melayu cekak musang yang dipakainya.Liya berlari keluar ikut pintu dapur.Dia menuju ke pokok rambutan.Hanya itu peneman setianya.Dia menangis.

"Eh..eh..Itu Liya kan Piah?"soal Mak Jah kepada Mak Piah apabila melihat Liya sedang berjalan menuju ke pokok rambutan.

"Yela.Itu Liya.Mana pulak budak ni nak pergi.Majlis dah nak mula dah ni."ujar Mak Piah lalu pergi ke arah Aiman sambil berbisik sesuatu.Mak Piah mengejar Liya yang kelihatannya ingin memanjat pokok.

"Liya...Liya buat apa ni nak.Kenapa Lia nak panjat pokok?Majlis dah nak mula dah ni.Jom masuk nak."pujuk Mak Piah lembut.

Liya berpaling."Liya tak nak masuk.Mak pergi la kahwin dengan Abang Aiman tu.Liya tak kisah.Liya doakan mak bahagia.Tapi,mak jangan halang Liya panjat pokok ni.Pokok ni je yang Liya ada sebagai teman."ujar Liya teresak-esak.

"Laa...Sape pulak yang cakap mak nak kahwin dengan Aiman.Ni najlis tunang je la."jelas Mak Piah lagi.

"Tak kisah la,tunang ke,kahwin ke.Liya doakan mak bahagia."sambung Liya lagi.Masih belum berhenti menangis.

Aiman datang menuju ke arah dua beranak itu.Dia tersenyum.

"Siapa cakap saya nak kahwin dengan mak awak?"soal Aiman tiba-tiba.

Liya memandang ke arah Aiman.Hatinya pilu melihat Aiman tersenyum.

"Habis tu,buat apa awak datang sini?Hensem-hensem macam ni.Awak nak kahwin dengan siapa?"soal Liya blur.

Aiman melangkah ke arah Liya.

"Saya nak kahwin dengan awak la sayang.Kalau bukan dengan awak,habis tu dengan siapa lagi."balas Aiman lembut.

Liya mengangkat mukanya.Dia terkejut.

"Awak tipu.Habis tu,awak dengan mak saya rapat selama ni buat apa?"soal Liya manja.

"Saya sampaikan hajat saya nak peristerikan awak.Mak awak setuju.Sebab tu kami sibuk uruskan majlis pertunangan kita ni.Takkan itu pun awak nak cemburu kot."jawab Aiman lagi

"Dah,jom masuk jom.Tetamu ramai dah tunggu kat atas.Nanti apa pulak kata diorang.Liya,pergi tukar baju.Make up cantik-cantik.Yang lain,biar mak uruskan."gesa Mak Piah apabila melihat keadaan makin tenang.

Mereka bertiga kembali ke dalam rumah.Majlis pertunangan mereka akhirnya berjalan dengan lancar.Mak Piah berasa sungguh gembira.Kelakar pun ada juga.Boleh pulak Liya terfikir yang dia yang akan berkahwin dengan Aiman.Liya..Liya...

Keesokan harinya,Liya pulang ke KL kerana cuti semesternya sudah tamat.Dia pulang dengan senyuman.Sempat dia bertemu dengan Aiman sebelum pulang.Dia bahagia.Sangat bahagia.Lepas ni,ibunya mungkin tidak akan menggesanya untuk berkahwin lagi.Hajat ibunya sudah kesampaian.Dia tidak sabar menanti cuti semesternya yang akan datang.

* * * * *
Bunyi kompang memeriahkan lagi majlis perkahwinan Liya dan Aiman.Walaupun mereka tidak bersanding,namun,bunyi kompang dan karaoke yang ada,sudah cukup memeriahkan majlis mereka.Akhirnya,Liya dan Aiman telah selamat diijabkabulkan.Selepas ini mereka akan membina hidup yang baru di KL.Aiman telah membeli sebuah rumah di Kemensah Heights hasil pendapatannya bekerja sebagai arkitek.Tambahan pula,dia sudah ditukarkan cawangan di daerah Ulu Klang,dekat dengan kolej tempat Liya belajar.Mereka kini hidup bahagia seperti yang diimpikan mereka.

Sebulan selepas mereka bernikah,Mak Piah pula membuat keputusan untuk berkahwin semula apabila dia dilamar oleh seseorang.Tak lain tak bukan,Pak Mat tempe kampung sebelah.Mereka juga hidup bahagia.Perniagaan tempe Pak Mat telah berkembang hingga ke pasaran luar negara.

Kini,Liya bahagia di samping suami tercinta,Aiman,walaupun terdapat sedikit komplikasi semasa majlis pertunangan mereka.Namun,mereka telah selamat dinikahkan.Begitu juga dengan Mak Piah dan Pak Mat tempe.Dua merpati sejoli itu bagaikan orang mabuk bercinta.Pasti bersama ke mana saja.Harapan mereka,semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

0 kata orang:

Post a Comment